Skip to main content

Hiburan

“Masa Tunang Dating Saya Hisap Dadah, Dia Cool Tak Pernah Complain, Judge Saya…” - Ameng

ffg

Sekilas

  • Ameng Spring berkongsi pengalaman gelapnya bergelumang dengan dadah ketika mula mengenali dan bercinta dengan isterinya, Sabariah Zakaria.
  • Walaupun Ameng masih menggunakan dadah ketika bertunang dan berkahwin, Sabariah tidak pernah memarahi atau menghakiminya, malah sering beribadah di rumah mereka.
  • Ameng pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan berkaitan dadah, dan kini mempunyai seorang anak lelaki bersama Sabariah.

Penyanyi Ameng Spring berkongsi sisi gelap perjalanan hidupnya ketika mengenali dan bercinta dengan isterinya, Sabariah Zakaria.

Menerusi perkongsian dalam DOLS Podcast, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, ketika itu dia masih bergelumang dengan najis dadah.

“Selepas saya bercerai dengan yang pertama, dua tiga tahun selepas itu saya jumpa dengan Sabariah.

“Masa itu dadah tak habis lagi,” katanya.

Menurut Ameng, dia terkejut apabila Sabariah tidak pernah memarahi atau menghakiminya.

“Masa bertunang dating, saya isap dadah. Saya tengok dia ni cool… relaks, tak ada complain.

“Dia tak judge kita. Itu yang buat saya terfikir, bolehkah saya kahwin dengan budak ni? Jadi saya kahwin dengan dia,” ujarnya.

Tambah penyanyi berusia 44 tahun itu, tabiat buruknya berlarutan hingga selepas berkahwin dan dia turut membawa rakan-rakan pulang ke rumah.

“Saya kahwin pun saya macam tu. Kawan-kawan hisap dadah dalam rumah. Bini saya kat bawah, baca Yassin… masa kita dah hisap barang dua tiga orang.

“Bila turun bawah nak ambil air, isteri saya tengah baca Yassin. Bayangkan,” katanya.

Jelasnya, situasi itu sering membuatkan dia tersentak kerana merasa bersalah melihat isterinya beribadah sementara dia terjebak dengan tabiat terlarang.

“Setiap Muslim mesti terasa. Memang selalu terasa nak berhenti. Saya pernah berhenti… tapi bukan jadi berhenti, jadi cuti. Seminggu tak hisap,” katanya.

Untuk rekod, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas kesalahan berkaitan dadah.

Ameng sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit drama Datuk A. Aida pada 1995 namun berpisah pada 2003.

Kemudian berkahwin dengan Sabariah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Ammar Haikal.

 

Sumber: Youtube Dols Podcast

Must-Watch Video

Advertisement