Skip to main content

Hiburan

Masih Ramai Taksub Dengan Produk Pelangsingan Badan, Ramona Zam Zam Risau - “Tiada Shortcut Untuk Kurus”

Ramona Zam Zam

Sekilas

  • Ramona Zam Zam bimbang dengan trend masyarakat yang terlalu taksub menggunakan ubat kurus sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan.
  • Pelakon ini menegaskan bahawa cara terbaik untuk kurus adalah dengan bersenam dan amalkan pemakanan sihat, bukan bergantung pada produk pelangsing yang berisiko kesan sampingan.
  • Ramona kini mengamalkan gaya hidup sihat sejak pandemik Covid-19 dan bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Wish List arahan Michael Ang.
Advertisement

Pelakon, Ramona Zam Zam mengakui berasa bimbang terhadap trend segelintir masyarakat yang seakan taksub untuk mengurangkan badan dengan menggunakan jalan pintas.

Menurut pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam itu, dia yang sudah lama mengamalkan gaya hidup sihat tidak boleh berdiam diri apabila ramai masih tidak cakna akan kesan sampingan mengambil jalan pintas untuk menguruskan berat badan.

Advertisement

Ujar Ramona, dia percata bahawa lambakan produk pelangsingan badan yang menjanjikan keputusan segera sama sekali tidak selari dengan promosi kesihatan yang cuba mereka ketengahkan.

"Saya tidak boleh berdiam diri sebab bila orang beli ubat kurus saya mempersoalkan tindakan mereka.

"Memang menyakitkan hati. Kalau saya tidak ambil peduli tentang mereka, mungkin saya tidak akan rasa begitu, tetapi saya memang ambil berat tentang orang lain.

"Boleh sahaja untuk turunkan berat secara semula jadi, tapi saya sedih sebab orang kita terlalu taksub dengan jalan pintas.

"Penjual cuma nak ambil kesempatan atas pembeli dan kita mudah percaya,” katanya kepada Gempak.

Ramona berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Wish List, pada Selasa.

Mengulas lanjut, pelakon filem KL Special Force ini menegaskan bahawa pengambilan ubat kurus tidak menjadi satu penyelesaian tetapi akan memberikan kesan sampingan buruk kepada yang menggunakannya.

"Ubat kurus tidak sepatutnya di jadikan jalan pintas (short cut) untuk kurus.

"Memang tiada cara lain untuk kurus, iaitu bersenam dan amalkan pemakanan sihat.

Bercerita mengenai gaya hidup sihat, Ramona berkata bahawa dia mula melakukan aktiviti seperti bersenam selepas menyedari berat badannya meningkat ketika membintangi drama sebuah saluran televisyen ketika pandemik Covid-19.

"Masa Covid-19 dahulu memang saya fokus kan untuk amalkan pemakanan sihat.

"Saya banyak ambil protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga lakukan senaman. Sehingga sekarang saya masih lakukan perkara itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ramona bakal muncul menerusi drama Wish List yang merupakan arahan Michael Ang dan memainkan watak sebagai Puan Aliya.

Selain Ramona, drama ini diterajui oleh Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Sharifah Zarina, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement