Sekilas
- Drama tempatan Bahagia Yang Tertangguh menarik perhatian penonton Mat Salleh melalui video TikTok yang tular menunjukkan seorang lelaki warga asing menonton bersama menantu lelakinya.
- Gelagat lelaki tersebut yang asyik bertanya tentang jalan cerita mencuit hati netizen dan menunjukkan daya tarikan drama yang dekat dengan realiti masyarakat.
- Drama ini dibintangi pelakon hebat dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Sooka.
Siapa sangka drama tempatan iaitu Bahagia Yang Tertangguh juga berjaya menarik perhatian penonton ‘Mat salleh’.
Ini terbukti apabila sebuah video TikTok oleh @shouldawoulda yang tular merakamkan seorang lelaki warga asing yang tekun menonton drama tersebut bersama menantu lelakinya.
Gelagatnya yang asyik bertanya mengenai jalan drama berkenaan ternyata mencetuskan rasa lucu dan menghiburkan dalam kalangan netizen.
Momen itu sekali gus menunjukkan daya tarikan cerita yang dekat dengan realiti masyarakat mampu menambat hati penonton.
Menerusi ruangan komen, rata rata netizen meluahkan rasa teruja melihat drama tempatan mendapat perhatian penonton bukan Melayu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman serupa abila ahli keluarga tiba-tiba jadi pengkritik tegar sewaktu menonton drama.
Bahagian yang tertangguh dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Mimi Erdina, Rosnah Johari, Riz Amin dan Adrean Mateen.
Jangan lupa saksikan Bahagia Yang Tertangguh, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim di Sooka.