Skip to main content

Selebriti

Mata Berkaca, Senyum Lebar Lihat Adik Kahwin, Reaksi Space Dollah Buat Netizen Terharu - “Semoga Allah Temukan Jodoh Yang Baik”

Mata Berkaca, Senyum Lebar Lihat Adik Kahwin, Reaksi Space Dollah Buat Netizen Terharu - “Semoga Allah Temukan Jodoh Yang Baik”

Sekilas

  • Reaksi wajah abang Syed Saddiq, Space Dollah, yang tersenyum lebar dan mata berkaca ketika majlis perkahwinan adiknya bersama Bella Astillah menjadi tumpuan netizen.
  • Video pendek tersebut mendapat pelbagai komen positif dan doa daripada netizen agar Dollah juga dipertemukan dengan jodoh yang baik.
  • Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan pada 10.40 pagi dan kisah mereka boleh ditonton menerusi program Walimatulurus di Astro Ria mulai 6 Oktober 2026.
Advertisement

Reaksi wajah abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah ketika majlis perkahwinan adiknya bersama pelakon, Bella Astillah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video pendek yang tular di media sosial itu jelas kelihatan Dolla sedang tersenyum lebar sambil matanya kelihatan sedikit berkaca sebelum menepuk tangan secara perlahan.

Advertisement

Reaksi tersebut mengundang pelbagai komen daripada netizen yang tersentuh melihat kegembiraan Dollah meraikan hari bahagia adiknya itu.

 

 

Advertisement

 Malah, ramai turut mendoakan agar Dollah juga dipertemukan dengan jodoh yang baik sebagaimana pasangan pengantin baharu berkenaan.

 

Antara komen yang ditinggalkan netizen:

“@truedollah is a true brother, semoga jodoh Dollah pun baik-baik juga nanti macam Bella.”

“Senyum lebar Dollah ya. Cara dia terima Bella dalam keluarga, I believe he is a good man also.”

“Faham sangat apa yang Dollah feel. Dia macam happy and excited sebab adik bongsu kahwin. Adik pula jauh jaraknya, dia akan rasa macam onyooonyooo…”

“Masya-Allah… Bro @truedollah, you are such a sweet brother. Semoga Allah pertemukan bro dengan jodoh yang baik-baik juga. Aamiin.”

“What a supportive brother Dollah ni, semoga Allah temukan jodoh yang baik buat Dollah.”

Untuk info, Bella dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.

Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Must Watch Video

Advertisement