Skip to main content

Hiburan

“Memang Berani Di Belakang Sahaja Ke?” - Shiha Zikir Persoal Sikap Netizen Di Sebalik Akaun Palsu

Shiha Zikir

Penyanyi, Shiha Zikir mempersoalkan keberanian individu yang sering mengkritik tanpa menggunakan akaun sebenar.

Menerusi hantaran di platform Threads, Shiha menyatakan dia melihat segelintir individu gemar melemparkan kecaman dan komen negatif di media sosial dengan menggunakan akaun palsu atau tanpa identiti.

“Kenapa kebanyakannya yang mengondem ni selalunya tak ada gambar profil atau guna akaun palsu? Orang-orang negatif ni memang berani di ‘belakang’ sahaja ke?” tulisnya.

Pada masa sama, pelantun lagu Irama itu turut berkongsi pandangannya mengenai perbezaan jelas antara individu yang bersikap positif dan negatif.

Menurut Shiha, mereka yang positif tidak membuang masa untuk mengutuk  atau menjatuhkan orang lain, sebaliknya memilih untuk menyebarkan kata-kata semangat serta mendoakan perkara yang baik.

“Apa yang saya sedar, orang yang positif tak ada masa nak mengondem, gosip atau jatuhkan orang lain.Sebaliknya mereka suka beri kata-kata semangat, doakan yang baik-baik dan tak cuba cerita keburukan orang lain,” jelasnya.

Tambah Shiha lagi, sikap dan tutur kata seseorang sebenarnya mencerminkan siapa diri mereka yang sebenar, termasuk nilai yang dibawa dalam lingkungan sosial masing-masing.

“Fahamilah nak masuk kategori apa sebab apa yang kita cakap atau tulis itu melambangkan diri sendiri,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement