Sekilas
- Kakak kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Yad-Z, iaitu Aishah, memberikan kata-kata semangat selepas Yad-Z menitiskan air mata ketika persembahan minggu separuh akhir.
- Aishah berkongsi bahawa Yad-Z jarang menunjukkan emosi depan keluarga dan mereka sentiasa menyokongnya menghadapi cabaran.
- Persembahan Yad-Z yang menyanyikan lagu Fatwa Pujangga mendapat standing ovation dan pujian daripada juri tetap Big Stage X, termasuk Akim Ahmad, Aisha Retno, dan Hael Husaini.
Kakak kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Yad-Z yang dikenali sebagai Aishah, menitipkan kata-kata semangat buat adiknya selepas penyanyi itu dilihat menitiskan air mata ketika membuat persembahan di minggu separuh akhir program berkenaan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Aishah berkata dia dan keluarga sentiasa berada di sisi Yad-Z untuk mengharungi setiap cabaran yang dilaluinya.
Malah Aishah, juga turut berkongsi keperibadian Yad-Z di mana dia merupakan seorang yang jarang menunjukkan emosi atau menangis di hadapan keluarga.
“Dik aku sentiasa ada dengan kau tau. Kita hadap dunia ni sama-sama abang, kakak ya.
“Budak yang tak pernah menangis depan keluaga. Tapi hari ini dia menangis atas pentas depan ramai orang. Kuat ya dik,” coretnya.

Terdahulu, tiga juri tetap Big Stage X Rocketfuel iaitu Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini memberikan ‘standing ovation’ buat Yad-Z pada minggu separuh akhir.
Menerusi persembahan itu, Yad-Z yang mendendangkan lagu Fatwa Pujangga nyanyian asal Datuk Aishah dilihat gagal mengawal emosi sebelum menitiskan air mata usai persembahan.
Kongsi Yad-Z, dia gagal menahan air mata kerana teringat akan arwah ibunya ketika mendendangkan lagu berkenaan.
Persembahan Yad-Z itu bukan sahaja mendapat ‘standing ovation’ malah turut me dapat pujian daripada Hael dan Akim.