Skip to main content

Hiburan

Menanti Hari Pembebasan, Ammar Zoni Ditangkap Jual Dadah Dalam Penjara

Ammar Zoni

Bintang sinetron Ammar Zoni diketahui berada dalam tahanan di Rutan Salemba, Jakarta Pusat, Indonesia selepas ditangkap buat kali ketiga kerana dadah.
 

Ammar, 32, malah dijangka akan keluar penjara pada Disember 2025 selepas ditangkap atas kesalahan sama pada tahun lalu.
 

Advertisement

Namun, pelakon itu nampaknya tidak serik dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup bebas.
 

Menerusi kenyataan yang dikeluakan pihak Rutan Salemba, Ammar ditangkap bersama beberapa banduan lain kerana kesalahan menjual dadah di dalam penjara.
 

Kenyataan sama juga menyatakan sudah mendapatkan bahan bukti terhadap rangkaian penjualan dadah yang dilakukan dalam penjara itu, lapor Detik.com.
 

Ammar bersama beberapa banduan yang lain dipercayai memperoleh dadah jenis sabu dan ganja daripada individu di luar penjara.
 

Mereka kemudian menjual dadah tersebut secara terancang.
 

Penangkapan tersebut membuat Ammar memperpanjang kes dadahnya. Dia kini rasmi ditangkap buat kali keempat kerana dadah.
 

Lelaki itu pertama kali ditangkap kerana memiliki dadah pada tahun 2017, diikuti 2023 dan 2024. Tahun 2025 merupakan kali keempat dirinya ditangkap kerana dadah namun pertama kali melakukan urusan jenayah itu di dalam penjara.
 

Oleh yang demikian, Ammar didakwa bakal berhadapan hukuman lebih berat sehingga boleh dipenjara seumur hidup.

Must-Watch Video

Advertisement