Skip to main content

Artis Antarabangsa

Menderita Kematian Bapa hingga Terlalu Kurus, Kelly Osbourne Pernah Pakai Rambut Palsu Sorok Fizikal

Menderita Kematian Bapa hingga Terlalu Kurus, Kelly Osbourne Pernah Pakai Rambut Palsu Sorok Fizikal

Sekilas

  • Kelly Osbourne mengalami perubahan fizikal ketara dan penurunan berat badan selepas pemergian bapanya, Ozzy Osbourne, pada Julai 2025.
  • Kesedihan mendalam menyebabkan Kelly sukar makan dan dia memakai wig serta pakaian khas untuk menyembunyikan perubahan fizikal ketika menghadiri Anugerah Grammy.
  • Kelly kini sedang berusaha bangkit dan menerima kehidupan baharu sambil mendapatkan bantuan untuk memulihkan diri secara perlahan-lahan.
Advertisement

Pemergian legenda rock Ozzy Osbourne pada Julai 2025 ternyata meninggalkan luka yang cukup mendalam buat anaknya, Kelly Osbourne.

Bukan sahaja berdepan kesedihan yang sukar digambarkan, Kelly, 41, turut mengalami perubahan fizikal ketara sehingga berat badannya turun secara mendadak.

Advertisement

Malah, dia begitu terkejut apabila menyedari betapa kurus dirinya selepas melihat gambar yang diambil ketika sesi mencuba pakaian untuk menghadiri Anugerah Grammy tahun ini.

“Saya nampak seperti Crypt Keeper (watak zombie dalam siri seram Tales from the Crypt). Saya terus berkata, ‘Ini menakutkan. Saya tak tahu saya nampak macam ini.’

“Tulang belakang saya, setiap tulang boleh dilihat,” katanya kepada The Mail.

Keadaan Kelly sebenarnya sudah lama menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Namun, menurut Kelly, dia terlalu tenggelam dalam kesedihan selepas kehilangan bapanya sehingga tidak menyedari keadaan dirinya sendiri.

“Saya tak dapat melihat apa yang orang lain nampak kerana saya terlalu sakit. Saya cuma nampak seorang yang sudah hancur,” katanya.

Ketika menghadiri Grammy, Kelly seboleh-bolehnya mahu mengelakkan perhatian diberikan kepada perubahan fizikalnya.

Lebih-lebih lagi, acara berkenaan turut menjadi pentas untuk meraikan legasi Ozzy.

Kelly berkata dia memakai wig atau rambut palsu bagi menutup sebahagian wajahnya dan menyembunyikan tulang pipi yang semakin ketara.

“Saya memakai wig untuk menutup wajah supaya orang tidak dapat melihat betapa kurusnya tulang pipi saya,” ujarnya.

Pasukan penggaya Kelly juga memainkan peranan dengan memilih pakaian yang tidak membuatkan tubuhnya kelihatan semakin kurus.

“Mereka tahu saya sedang melalui sesuatu. Jadi, kami cuba mencari pakaian yang tidak membuatkan saya nampak lebih kurus,” katanya lagi.

Kelly tidak menafikan dia sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat tidak baik ketika menghadiri Grammy.

“Saya takut. Saya mahu berada di sana untuk menyokong ibu saya dan memberi penghormatan kepada legasi bapa saya.

“Tetapi sejujurnya, apabila saya fikir semula, saya rasa saya tidak sepatutnya pergi. Saya memang tidak sihat ketika itu,” katanya.

Kesedihan yang dialaminya turut menyebabkan Kelly berdepan masalah untuk makan. Katanya, rasa sakit akibat kehilangan Ozzy terlalu kuat sehingga membuatkan dirinya berasa loya setiap kali cuba menjamah makanan.

“Apabila anda dipenuhi terlalu banyak kesakitan, perasaan lapar pun seakan-akan tidak muncul,” katanya.

Kelly kemudian mengakui pemergian Ozzy mengubah dirinya buat selama-lamanya. Malah, dia menyifatkan tahun selepas kehilangan bapanya sebagai tahun paling sukar dalam hidupnya.

“Ini tahun paling sukar dalam hidup saya. Saya tidak akan menjadi orang yang sama seperti sebelum bapa saya meninggal dunia, sebahagian daripada diri saya turut mati.

“Semuanya berbeza. Saya berbeza. Segalanya telah berubah,” katanya.

Bagaimanapun, Kelly kini cuba bangkit sedikit demi sedikit dan belajar menerima kehidupan baharunya tanpa insan yang amat disayanginya itu. Bekas bintang Fashion Police itu berkata keadaannya kini semakin baik dan dia sedang mendapatkan bantuan untuk memulihkan diri.

“Ia proses yang perlahan. Ia akan mengambil masa. Saya tidak akan pulih dalam masa sehari,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement