Skip to main content

Hiburan

Mengaku Dunia Runtuh Bapa Hembus Nafas Terakhir 4 Hari Lalu, Pamungkas Tetap Tampil di Panggung Purnama Ahad Ini

Pamungkas

Penyanyi Pamungkas tetap meneruskan persembahan di Konsert Panggung Purnama yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Ahad ini selepas bapanya,Pamungkas Yeos Heru Supangat beberapa hari lepas.


 

Advertisement

Bapa penyanyi To The Bone itu meninggal dunia pada usia 70 tahun, pada 23 September lalu.


 

Bercakap mengenai keputusan meneruskan konsert di Malaysia, Pamungkas mengaku sedih.


 

“Sebagai anak pastinya sedih. Duniaku runtuh. Ini adalah proses kehidupan. Saya bersyukur kerana  dididik dengan realiti semua yang hidup sudah pasti mati,” katanya.


 

Penyanyi yang baru melahirkan single terkini, Sambung itu bagaimanapun mengaku bertuah kerana berkesempatan berada di sisi bapanya  bapanya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.


 

“Saya, abang kami semua ada. Saya juga menghantar dan berada dengan alharhum dalam ambulans sehingga ke akhirnya.


 

“Saya fikir ini sangat indah. Saya gembira kerana sekurang kurangnya bapa berpulang saat saya belum ke Kuala Lumpur dan pulang pada tujuh hari pemergiaannya,” kata Pamungkas.


 

Pamungkas ditemui pada sesi pelancaran buku perdananyq, Solitaire di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.


 

Solitaire yang bercerita tentang perjalanan hidup dan karier Pamungkas dijual pada harga RM125.


 

Penyanyi itu bagaimanapun mengaku allahyarham bapanya belum sempat membaca buku tersebut.


 

“Almarhum sudah empat tahun kena strok dan hari-hari terakhir beliau banyak habiskan masa pergi makan ke sana ke sini.


 

“Tapi ibu saya baca. Solitaire ini monumen saya,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement