Skip to main content

Hiburan

“Menjadi Tanggungjawab Saya” - Mahu Bella Astillah Terus Kejar Impian, Syed Saddiq Realisasi Impian Isteri Sambung Belajar

“Menjadi Tanggungjawab Saya” - Mahu Bella Astillah Terus Kejar Impian, Syed Saddiq Realisasi Impian Isteri Sambung Belajar

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, komited membantu isteri, Bella Astillah, merealisasikan impian menyambung pelajaran walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
  • Syed Saddiq menegaskan pendidikan penting untuk individu, keluarga, masyarakat dan tidak terhad kepada usia atau masa tertentu.
  • Hantaran perkahwinan mereka menarik perhatian warganet, termasuk caruman KWSP i-Simpan, insurans, emas Gunung Kinabalu, kerusi urut dan basikal lumba.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan komitmennya untuk membantu isteri tercinta, Bella Astillah merealisasikan impian menyambung pelajaran yang sudah lama disimpan.

Sebagai suami, Syed Saddiq mahu memainkan peranannya untuk membimbing dan membantu Bella sebaik mungkin kerana baginya, pendidikan merupakan perkara penting yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, malah keluarga dan masyarakat.

Advertisement

“Sebenarnya, Bella dah beberapa kali kongsikan niatnya untuk menyambung pelajaran dan sebelum ini pun dia memang nak, tetapi mungkin peluang itu agak sukar kerana banyak sangat kerja dan urusan-urusan lain.

“Jadi, bagi saya, saya memang nak berikan komitmen sebagai seorang suami. Saya akan cuba bimbing dan bantu sebaik yang mungkin kerana pendidikan ini penting.

“Pendidikan ini bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk anak-anak, masyarakat, negara, bangsa dan agama,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Syed Saddiq berharap usaha Bella menyambung pelajaran dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai kepentingan pendidikan serta kesediaan untuk terus menimba ilmu walaupun sudah mempunyai komitmen kerjaya dan keluarga.

Malah, Saddiq turut menegaskan bahawa pendidikan tidak sepatutnya dibatasi oleh usia atau tempoh tertentu kerana setiap individu mempunyai peluang untuk mengejar impian masing-masing.

“Saya berharap sedikit sebanyak ia membuka mata tentang pentingnya pendidikan. Pendidikan ini tidak ada had masa.

“Jadi, saya benar-benar gembira untuknya dan menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk merealisasikan sebahagian daripada impian dan perjalanan hidupnya,” ujarnya.

Selain memberikan sokongan terhadap hasrat Bella untuk menyambung pelajaran, Syed Saddiq turut mencuri perhatian menerusi pilihan hantaran yang diberikan kepada isterinya.

Antara yang menjadi perhatian ialah caruman KWSP i-Simpan, perlindungan insurans serta emas berbentuk Gunung Kinabalu yang diberikan sebagai sebahagian daripada hantaran perkahwinan mereka.

Terdahulu, hantaran daripada Syed Saddiq buat Bella menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial.

Rata-rata terhibur melihat pembawa dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan membawa masuk sebuah kerusi urut ke dalam dewan pernikahan.

Selain kerusi urut, sebuah basikal lumba atau road bike yang diberikan Syed Saddiq kepada Bella turut mencuri perhatian dan mengundang keterujaan warganet.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement