Skip to main content

Hiburan

Menteri Agama Anggap Jep Berani Kongsi Rekod Bayar Zakat Hampir RM2 Juta - “Pengorbanan & Ketelusan…”

Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan

Sekilas

  • Pelawak Jep Sepahtu mendapat pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, atas tanggungjawabnya membayar zakat setiap tahun.
  • Jep berkongsi rekod pembayaran zakat sebanyak kira-kira RM1.935 juta dalam tempoh 10 tahun, yang dianggap sebagai tindakan berani dan telus.
  • Dr Zulkifli berharap tindakan Jep menjadi inspirasi kepada masyarakat dan menegaskan zakat penting dalam menyokong golongan asnaf serta mengukuhkan keadilan sosioekonomi.
Advertisement

Tindakan pelawak Jep Sepahtu yang menunjukkan tanggungjawab dalam menunaikan kewajipan membayar zakat setiap tahun mendapat pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Dr Zulkifli Hasan. 

 

Advertisement

Beliau berharap semua orang mengambi dari sudut positif atas perkongsian Jep itu yang dianggap menjadi inspirasi dan wira kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. 

 

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saudara Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan. 

Advertisement

 

“Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua,” kongsinya menerusi platform Facebook. 

 

Pada hantaran yang sama, Dr Zulkifli juga menganggap langkah Jep berkongsi rekod membayar zakat sehingga mencecah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 10 tahun merupakan tindakan berani dan telus. 

 

“Langkah beliau berkongsi rekod pembayaran zakat dari tahun 2016 hingga 2025 yang mencecah kira-kira RM1.935 juta merupakan satu tindakan berani demi menegakkan ketelusan, mempertahankan integriti, dan menangkis fitnah, sekali gus membuktikan pelaksanaannya secara telus berlandaskan kewajipan agama.

 

“Pengorbanan dan ketelusan figura awam seperti beliau wajar dijadikan ibrah dan ikhtibar terbaik buat seluruh masyarakat. Zakat bukan sahaja menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hayat buat golongan yang memerlukan. 

 

“Ia mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf,” ujarnya lagi. 

Sumber - Facebook

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement