Skip to main content

Viral

Mentua & Dua Ipar Pince Syed Mengaku Tak Bersalah, Mohon Dibicarakan

syed_mentua

Ringkasan AI

  • Mentua dan dua ipar usahawan serta pempengaruh Prince Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan di Mahkamah Tinggi Klang.
  • Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kejadian pada 2 November di Jalan Bertih Laut, Klang.
  • Abang ipar Prince Syed turut dituduh melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin kereta isteri Prince Syed.
  • Mahkamah menetapkan ikat jamin RM1,500 bagi tiga tertuduh dan RM2,000 bagi abang ipar, dengan syarat tambahan untuk abang ipar melapor diri sebulan sekali.
  • Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Januari depan.

Mentua serta dua ipar kepada usahawan dan pempengaruh, Prince Syed membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan melibatkan kes mereka dibicarakan di Mahkamah Tinggi Klang pada Jumaat.

Pengakuan itu dibuat kesemua tertuduh dihadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.

Bagi kes pertuduhan melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman pada jam 2.58 petang di Jalan Bertih Laut 5/KS3, Klang pada 2 November lalu.

Ketiga mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang turut dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, abang ipar kepada Prince Syed iaitu Muhd Syahmi Faiz dituduh melakukan perbuatan khianat dengan cara memecahkan cermin kereta jenis Proton X70 milik isteri kepada Prince Syed, Fatin Syazwani Ishak sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM560 di lokasi dan tarikh yang sama.

Syahmi dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman denda penjara kurang daripada setahun dan tidak melebih lima fahun jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin untuk setiap seorang bagi kes melibatkan Aminah, Ishak dan Muhd Ikhwan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Nathiya Kamalanathan manakala pengadu hadir bersama peguam pemerhati, Navin Punj.

Sementara itu, Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kes melibatkan Muhd Syahmi. Syahmi juga diminta untuk melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis berhampiran dan tidak dibenarkan menggangu pengadu sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Januari sebagai tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes.

Must-Watch Video

Advertisement