Skip to main content

Hiburan

“Menyanyi Atau Berlakon, Saya Tidak Pernah Letakkan Jangkaan Terlalu Tinggi” - Jazmy Juma

Astro Gempak 279

Sekilas

  • Jazmy Juma tidak kisah jika orang lebih mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi kerana dia percaya kepada proses dalam membina kerjaya.
  • Jazmy sudah mempunyai single sendiri berjudul 'Gelora' yang dikeluarkan di semua platform digital di bawah Warner Music sebelum terlibat dengan projek OST drama tempatan.
  • Lagu OST 'Ku Tetap Ada' yang dinyanyikan Jazmy adalah hasil kerjasama dengan komposer dari Indonesia, Revo, yang merakam lagu tersebut di Malaysia.

Pelakon Jazmy Juma mengakui tidak terkesan sekiranya orang ramai lebih mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi.

Perkara tersebut dikongsikan Jazmy selepas tampil menyanyikan lagu runut bunyi (OST) berjudul Ku Tetap Ada bersama pelakon Tracie Sinidol bagi sebuah drama tempatan.

Menurut Jazmy, dia tidak terlalu meletakkan jangkaan tinggi terhadap populariti dalam bidang nyanyian kerana lebih percaya kepada proses dalam membina kerjaya.

“Tiada rasa sedih pun. Sebenarnya saya tidak terlalu fokus kepada perkara itu (populariti sebagai penyanyi). Saya jenis orang yang percaya kepada proses.

“Jadi, sama ada saya menyanyi atau berlakon, atau apa sahaja yang saya lakukan dalam kerjaya harian, saya tidak pernah meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi.

“Oleh itu, jika orang lebih mengenali saya melalui lakonan, saya okey sahaja. Begitu juga kalau orang mengenali saya sebagai penyanyi, saya pun tetap okey,” katanya.

Dalam masa sama, Jazmy turut mendedahkan dia sebenarnya sudah mempunyai single sendiri sebelum terlibat dengan projek OST berkenaan.

“Ada, saya ada single juga. Tajuk dia ‘Gelora’. Dah keluar pun, dah ada di semua platform digital.

“Komposer dia Adnan Abu Hassan. Penulis lirik pun dia juga. Lagu tu di bawah edaran Warner Music. Jadi sebenarnya saya memang dah ada lagu sendiri sebelum projek OST ini lagi,” ujarnya.

Berkongsi mengenai lagu Ku Tetap Ada, Jazmy menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan komposer dari Indonesia sebagai sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya.

“OST kita orang tajuk dia ‘Ku Tetap Ada’. Komposer dia Revo, orang Indonesia.

“Masa kita orang rakaman pun, dia datang ke Malaysia dan rakam dekat studio di Malaysia. Jadi, ia pengalaman yang sangat bagus dapat bekerjasama dengan komposer luar,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement