Sekilas
- Pelakon Syafiq Kyle menerima penghantaran kereta mewah Mercedes-Benz G-Class yang telah dibeli.
- Jurujual Fuad Samsudin menafikan dakwaan Syafiq membeli Lamborghini SVJ seperti yang tular sebelum ini.
- Video penghantaran kereta tersebut dikongsi di TikTok oleh Fuad, yang juga menjelaskan kekeliruan berkenaan kereta Syafiq.
Tular sepotong video memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle menerima kereta mewah yang sudah dibeli iaitu Mercedes-Benz model G-Class (G-Wagon).
Menerusi perkongsian di TikTok seorang jurujual, Fuad Samsudin, menghantar kereta mewah tersebut kepada suami aktres Mimi Lana itu.
“Selesai penghantaran untuk kereta Syafiq dan Mimi. Ini baru ada gaya,” katanya.
Dalam pada itu, Fuad turut tampil menjelaskan dakwaan mengatakan pelakon One Cent Thief itu telah membeli sebuah kereta Lamborghini SVJ seperti yang tular sebelum ini.
“Tak ada. Haritu ada pihak yang tak bertanggungjawab kebetulan ada kat showroom masa dia orang datang tengok kereta minta bergambar.
“Lepas itu duk buat posting yang mengelirukan. Memang plan dia dari awal nak cari G Class. Ini baru kereta dia keluar,” katanya.
Sebelum ini, tular video memperlihatkan Syafiq bersama sebuah Lamborghini SVJ biru sehingga mencetuskan spekulasi kononnya pelakon itu membeli supercar bernilai 2.3 juta ke RM3.2 juta.
Tiktok - Fuad Samsudin