Skip to main content

Hiburan

“Mereka Kata Saya Ada Muka Hantu Tapi…” - Anna Jobling

Anna Jobling

Ringkasan AI

  • Anna Jobling kini semakin aktif membina kerjaya lakonan di Indonesia dengan muncul sebagai watak utama dalam filem seram.
  • Dia dikenali dengan wajah yang mempunyai aura seram, sehingga ramai menganggap genre seram sinonim dengannya.
  • Anna menjelaskan ekspresi wajahnya yang serius sering disalah anggap sebagai sombong oleh orang ramai.
  • Jadual kerjanya sangat padat dengan pelbagai tawaran sehingga terpaksa menangguhkan waktu rehat.
  • Sebelum ini, Anna pernah membintangi filem seram Sukma dan Lembayung.

Semakin rancak mengembangkan kerjaya di Indonesia, pelakon Anna Jobling bakal muncul dalam sebuah filem seram sebagai watak utama.

 

Anna berkata, genre seram kini dianggap sinonim dengan dirinya di negara itu selepas ramai yang memuji wajahnya mempunyai aura seram.

 

Malah, ada juga segelintir pihak menyangka dia bersikap sombong hanya kerana ekspresi wajahnya yang kelihatan seram itu.

 

"Mereka kata saya ada muka hantu tapi saya anggap itu sebagai pujian. Kadang-kadang bila saya tak senyum orang ingat saya sombong.

 

"Tapi sebenarnya tidak, mungkin sebab reaksi muka saya. Kalau jumpa saya, tegur sajalah saya okay sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

 

Mengulas lanjut, Anna mengakui jadual kerjanya kini sangat padat dengan pelbagai tawaran hingga terpaksa menunda masa untuk berehat.

 

"Kadang-kadang selepas habis satu naskhah, kononnya nak rehat tapi tiba-tiba dapat tawaran yang menarik. 

 

"Rasa sayang nak lepaskan, jadi rehat pun tangguh dulu. Saya pun masih muda dan ada tenaga, jadi ambil saja kerja," katanya lagi.

 

Sebelum ini, Anna pernah membintangi dua filem bergenre seram berjudul Sukma dan Lembayung.

Must-Watch Video

Advertisement