Skip to main content

Hiburan

Meriah! Sambutan Hari Malaysia 2026 Meraikan Kepelbagaian, Mengukuh Perpaduan

Hari Malaysia 2026 di Sarawak

Sekilas

  • Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK Kuching dihadiri 6,000 tetamu dengan perasmian simbolik oleh TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan pemimpin utama negara.
  • Acara menampilkan tarian budaya Sarawak, teater muzikal bertemakan "Malaysiaku MADANI", serta persembahan artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Stacy.
  • Pameran "Koridor Zaman Pembentukan Malaysia" di Plaza Merdeka dan siaran langsung Astro Audio KITA FM turut memeriahkan sambutan ini.
Advertisement

Sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung meriah pada Rabu dengan kehadiran seramai 6,000 orang tetamu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

 

Advertisement

Sambutan disempurnakan dengan simbolik perasmian, diikuti upacara memotong pulut kuning oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, diiringi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

 

Persembahan dimulakan dengan tarian selamat datang “Segulai Sejalai” yang membawakan keunikan, keindahan serta kepelbagaian budaya Sarawak, di samping mengangkat nilai perpaduan, keharmonian dan kebersamaan.

 

Acara diteruskan dengan sesi menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026.

 

Turut dipersembahkan, teater muzikal bertajuk “Malaysiaku MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”, iaitu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini serta persembahan tarian “Serumpun MADANI” yang menampilkan keunikan warisan budaya dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan artis popular tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Stacy sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api di Kuching Waterfront.

 

Selain sambutan di BCCK, turut diadakan Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Tahun 2026 berkonsepkan “Koridor Zaman Pembentukan Malaysia” di Plaza Merdeka yang mengetengahkan perjalanan pembentukan Malaysia melibatkan Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia serta siaran luar Astro Audio KITA FM.

 

Hadir sama, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2026; serta barisan Menteri Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Anda mungkin berminat dengan

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

(READYSTOCK) Festive Anarkali Kurta with Palazzo & Dupatta Indian Punjabi Set Suit By Fashion Divaa

(READYSTOCK) Festive Anarkali Kurta with Palazzo & Dupatta Indian Punjabi Set Suit By Fashion Divaa

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

RIMBUNKL Kebaya Mikori (top only)

RIMBUNKL Kebaya Mikori (top only)

Ready stock lotus design indian saree

Ready stock lotus design indian saree

Must Watch Video

Advertisement