Pelakon Mia Ahmad mengakui hampir berputus asa ketika berdepan ujian sebagai seorang ibu selepas anak sulungnya, Safy Issa, disahkan menghidap autisme.
Menerusi perkongsian di TikTok, Mia, 36, berkata pada awalnya dia keliru dan tidak tahu cara terbaik untuk membesarkan anak istimewa itu.
Advertisement
My Journey as an Autism Mom First year, I was unsure… adjusting diri as a new mom. Banyak trial and error, cuba macam-macam. Lambakan permainan di depan Issa dan branded outfit, thinking it was the best for Issa waktu tu. Tahun kedua adalah tahun paling menakutkan. That was when I started noticing delayed development signs. The clearest one, Issa slowly lost his eye contact and focus. Dia dah tak respond bila dipanggil, sering terjaga tengah malam, menangis bila dengar bunyi kuat, ambil masa lama untuk regulate… and more and more sensory issues kept showing up. Hati saya mula berkecamuk bila segala usaha seakan gagal, until one day Issa was diagnosed with High-Functioning Autism. That was the lowest point in my life. I thought I could own and control anything… lupa bahawa Allah, Al-Malik, adalah pemilik sebenar seluruh langit dan bumi. That was also my turning point... untuk kembali kepada Allah S.W.T, mengakui kelemahan diri, membuang ego dan sifat memiliki. Looking back 7 years ago, kini saya rasa sangat-sangat bersyukur dengan bungkusan hadiah daripada Allah ini... that shaped me into who I am today. To all Ausome parents and every parent blessed with a special child, you are never alone in this journey. 🌸 Semoga anak-anak syurga inilah yang akan menunggu kita dengan senyuman di pintu Jannah Firdaus yang paling tertinggi, menjadi asbab untuk kita masuk bersama. 💕
“Awal-awal jadi ibu, saya banyak trial and error. Saya fikir dengan lambakan mainan dan pakaian berjenama itu yang terbaik untuk Issa.
“Tahun kedua pula jadi fasa paling menakutkan kerana saya mula nampak tanda kelewatan perkembangan. Issa perlahan-lahan hilang eye contact, tak respon bila dipanggil, menangis bila dengar bunyi kuat dan ada banyak isu sensori lain yang makin jelas,” katanya.
Tambah Mia, ketika Issa disahkan menghidap High-Functioning Autism, itu menjadi detik paling sukar dalam hidupnya.
“Itu titik terendah dalam hidup saya. Saya rasa seolah-olah semua usaha gagal. Saya fikir saya boleh kawal segalanya, tapi saya lupa Allah-lah pemilik sebenar.
“Saya hampir putus asa, tapi masa itu jugalah turning point untuk saya kembali kepada Allah, mengakui kelemahan diri dan belajar reda,” ujarnya.
Namun, selepas tujuh tahun, Mia kini melihat ujian tersebut sebagai hadiah paling berharga.
“Kini saya sangat bersyukur kerana ujian ini yang membentuk diri saya hari ini. Kepada semua ibu bapa anak istimewa, anda tidak pernah keseorangan. Semoga anak-anak syurga inilah yang menunggu kita di pintu Jannah Firdaus nanti,” katanya.
Sekadar info, Mia mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Safy Issa, 7, dan Iris yang kini berusia dua tahun.