Pelakon, Mia Ahmad tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Sayf Issa, menghidap Austism.
Berita itu dikongsi Mia menerusi satu hantaran menyentuh di akaun Instagram dan TikTok miliknya.
Advertisement
Dalam perkongsian itu, Mia menceritakan detik-detik awal ketika menyedari perkembangan anaknya tidak seiring dengan kanak-kanak seusia.
“Your son definitely has autism…” Those words broke my heart into pieces..
“Issa nampak normal until 1 tahun 18 bulan saya hantar ke playschool teacher tanya soalan "Madam, Issa banyak tengok youtube ke kat rumah...?"
“From that moment saya sedar something not right with Issa… Sebab sebelum itu saya pegang kata-kata orang sekeliling maybe issa lewat berjalan, bercakap sebab dia boy.
Bagaimanapun kata Mia, dia tetap mengambil langkah awal dengan memberi sokongan pembelajaran dan terus menghantar anaknya ke pusat jagaan serta melibatkan diri dalam aktiviti intervensi awal di rumah.
“Tapi instinct seorang ibu jarang salah… Walaupun antara perasaan menerima atau tidak saya tetap memulakan early intervention.
“Tetap hantar playschool dan beri support activity di rumah dengan harapan Issa akan pulih dan mungkin dia speech delayed sahaja sebab terlalu awal screen exposure. Seawal 6 bulan saya sudah introduce Issa screen time,” jelasnya.
Namun kongsi Mia, ada dugaan yang harus ditempuhi selepas melihat perubahan ketara yang dialami oleh Issa, termasuklah tidak memberi respon apabila dipanggil, sukar tidur malam, kehilangan kemahiran asas dan eye contact.
Perubahan ini membuatkan Mia membuat keputusan untuk membawa Issa melakukan pemeriksaan pakar.
“Harapan untuk melihat Issa pulih semakin tipis bila satu demi satu masalah sensori dihadapai oleh Issa. Dia tidak lagi respond ketika dipanggil.
“Sukar tidur lena waktu malam dan mula stimming (alien language and day dream), dah tak ada words yang keluar, dah tak ada lambaian "bye bye" dan dia tidak lagi memberi eye contact.
“Saya kemudian merujuk pada pakar ketika umur dia dekat 3 tahun dan seperti yang dijangkan doc mengatakan "Your son definitely has autism...” ujarnya.
Berikut merupakan perkongsian Mia:
Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.