Sekilas
- Mia Sara jelaskan salah faham lama antara dia dan Puteri Balqis yang timbul sejak kecil akibat persepsi negatif dalam industri hiburan.
- Dia mengagumi bakat Puteri Balqis dan menegaskan mereka tidak pernah bermusuhan, sebaliknya hanya dipengaruhi oleh artikel dan pandangan luar.
- Mia akui niatnya hanya mahu mempertahankan Puteri Balqis, namun cara penyampaiannya disalah tafsir dan mengundang reaksi negatif.
Pelakon, Mia Sara tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah faham yang pernah tercetus antara dirinya dan aktres, Puteri Balqis, yang kembali menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini.
Mia Sara menerusi temu bual eksklusif bersama pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam podcast Kita Kita Ajemenjelaskan dia sebenarnya sangat mengagumi bakat Puteri Balqis dan melihat aktres itu sebagai seseorang yang mampu mengekspresikan emosi dengan sangat baik menerusi lakonan.
Namun lain pula jadinya apabila terdapat persepsi negatif yang timbul sejak mereka kecil.
“Saya sangat mengagumi dia. Dia adalah gambaran diri yang saya ingin jadi kerana dia mampu mengekspresikan perasaannya melalui lakonan, dan bagi saya apa yang dia lakukan itu adalah satu bentuk seni.
“Namun, industri menjadikan kami seolah-olah bermusuhan dan saling membenci antara satu sama lain
“Kalau tak percaya cakap saya, boleh cari Puteri Balqis dan Mia Sara, artikel pertama kami, tahun berapa?
“Awak rasa logik ke budak tujuh tahun dengan enam tahun atau 5 tahun sebab saya percaya dia dua atau tiga tahun lebih muda pada saya nak ada isu dan itu adalah pertama kali kami bertemu antara satu sama lain,” jelasnya.
Keadaan tersebut, menurut Mia, menyebabkan kedua-duanya menerima kecaman sejak usia muda.
“Kami masih kanak-kanak, tak pernah berborak secara peribadi pun, kami hanya datang lakukan latihan, kemudian habis penggambaran tahu-tahu ada satu artikel keluar.
“Kemudian saya dah mula dibenci dan dia juga turut terkena. Orang sudah ada satu perspektif dah, kemudian umur saya 15 tahun, saya nampak orang dah mula post gambar Puteri Balqis di TikTok dan kecam dia yang sangat teruk,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Mia berkata niatnya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan Puteri Balqis kerana bimbang aktres tersebut melalui pengalaman pahit yang sama sepertinya.
Namun, Mia mengakui cara penyampaiannya pada waktu itu disalah tafsir dan mengundang reaksi negatif.
“Saya takut ‘she drown like me’, saya tanpa mengetahui apa-apa sebab masih terlalu muda, niat saya hanya mahu back up dia sahaja.
“Di situ saya cakap dengan orang kita jangan lah judge orang, nak tegur tu tegur sahaja tetapi jangan judge orang, tidak semua orang dibesarkan dengan latar belakang dan cara didikan yang sama.
“Namun ketika itu saya tidak tahu apa yang saya cakap itu akan menerima reaksi negatif yang sangat besar.
“Sebenarnya saya nak maksudkan adalah jangan ‘judge’ dia sahaja. Kita semua dibesarkan dalam persekitaran lain-lain jadi kita tidak tahu apa yang dia lalui, itu apa yang saya cuba sampaikan.
“Tapi saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran menghina. Tapi saya tak salahkan dia pun sebab saya baca balik cara saya tulis tu memang sangat mengundang,” jelasnya.
Saksikan video temu bual penuh di podcast Kita Kita Aje: