Skip to main content

Hiburan

Mierul Aiman Akui Emosi ‘Diangkat’ Selepas Dengar Lagu OST Filem Tarung: Unforgiven, Puji Sentuhan Magis Noh Salleh - “Meremang Bulu Roma”

Astro Gempak 415

Sekilas

  • Pelakon Mierul Aiman dan Amir Ahnaf berkongsi pengalaman mendalam mereka mendengar lagu OST filem TARUNG: Unforgiven berjudul Terbang nyanyian Noh Salleh yang memberi impak emosi kuat.
  • Lagu Terbang yang digarap sepenuhnya oleh Noh Salleh kini boleh didengar di semua platform penstriman digital dan dikatakan membawa tema persahabatan yang mendalam.
  • Filem TARUNG: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026 dengan barisan pelakon hebat termasuk Mierul Aiman, Aedy Ashraf, dan Zul Ariffin.
Advertisement

Pelakon Mierul Aiman mengakui merasai pengalaman luar biasa apabila pertama kali mendengar lagu runut bunyi (OST) filem TARUNG: Unforgiven berjudul Terbang nyanyian Noh Salleh.

Menurut Mierul, lagu tersebut memberi impak emosi yang kuat sehingga membuatkan dirinya benar-benar ‘meremang’.

Advertisement

 

 “Meremang bulu roma. Masa meremang tu, saya betul-betul merasainya.

 

Advertisement

“Saya rasa emosi saya memang diangkat dengan peristiwa yang jadi. Apa yang jadi tu, kena tengoklah,” katanya.

Sementara itu, pelakon Amir Ahnaf yang memegang watak Ucop turut mengakui lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri dan perlu dihayati bersama visual filem.

“Kena tengok TARUNG: Unforgiven, kena tengok muzik video ini supaya faham apa yang Noh tulis dan curahkan perasaan dia.

“First time saya dengar lagu Terbang ini, apa yang saya perasan, ia lebih kepada persahabatan. Memang emosional, kena tengok,” ujarnya.

Lagu Terbang yang dinyanyikan oleh Noh Salleh kini tersedia di semua platform penstriman digital.

Untuk rekod, lagu tersebut turut digarap sepenuhnya oleh Noh sendiri sebagai komposer, penulis lirik, penyanyi, penyusun rakaman serta penerbit.

Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.



 

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement