Skip to main content

Hiburan

Mierul Aiman Diumum Watak Pertama ‘Kudrat 1968’, Lima Lagi Masih Misteri - “Salam Perkenalan…”

Kudrat 1968

Sekilas

  • Filem Kudrat 1968 mula membuka tirai promosi dengan memperkenalkan karakter pertama, Tengku Uda bin Tengku Ali yang dibawa oleh Mierul Aiman.
  • Astro Shaw berkongsi teaser poster di Instagram dengan kapsyen 'Salam Perkenalan' sebagai gambaran awal dunia filem tersebut.
  • Empat lagi karakter masih menjadi misteri dan akan diumumkan kemudian, menjadikan Kudrat 1968 antara filem paling dinantikan tahun ini.

Selepas sekian lama menjadi bualan ramai, filem Kudrat 1968 akhirnya membuka tirai promosi dengan memperkenalkan karakter pertama yang bakal menghiasi naskhah tersebut.

Menerusi perkongsian Instagram (IG), Astro Shaw dilihat telah memuat naik teaser poster bersama kapsyen ‘Salam Perkenalan’ dimuat naik sekali gus memberi gambaran awal mengenai dunia yang bakal diterokai menerusi filem berkenaan.

Lebih mencuri tumpuan, hanya Mierul Aiman diumumkan sebagai pelakon dan bakal membawakan watak Kuda atau nama penuhnya Tengku Uda bin Tengku Ali.

Walau bagaimanapun, hanya Mierul diumumkan sebagai pelakon manakala empat lagi karakter kekal misteri sekaligus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Nantikan pengenalan karakter lain dan perkembangan terbaharu mengenai Kudrat 1968, yang dijangka menjadi antara naskhah paling dinantikan penonton tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement