Skip to main content

Selebriti

Mierul Aiman Tersentuh Lihat Hubungan Peminat Dengan BTS - “Semoga Luck Itu Sampai Kepada Yang Betul Menghargai Muzik Mereka”

Mierul BTS

Sekilas

  • Mierul Aiman menitipkan pesanan agar tiket konsert BTS diberikan kepada peminat yang benar-benar menghargai karya dan perjalanan seni kumpulan itu.
  • Mierul menekankan pentingnya ikatan antara peminat dengan karya seni untuk pengalaman yang lebih bermakna.
  • Konsert BTS World Tour ‘ARIRANG’ akan berlangsung di Stadium Nasional TM pada 12 dan 13 Disember ini.

Pelakon filem Tarung: Unforgiven, Mierul Aiman menitipkan pesanan buat peminat yang sedang berusaha mendapatkan tiket konsert kumpulan K-Pop terkemuka dunia iaitu BTS.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Mierul berharap peluang tersebut diberikan kepada mereka yang benar-benar menghargai karya dan perjalanan seni kumpulan popular Korea Selatan itu.

Menurut Mierul, ikatan yang terbina antara peminat dan sesebuah karya memainkan peranan penting dalam mewujudkan pengalaman yang lebih bermakna buat mereka yang benar-benar mengikuti perjalanan seseorang artis.

“Bukan sekadar hubungan antara peminat dan artis, tetapi juga hubungan antara peminat dan karya seni itu sendiri.

“Semoga berjaya kepada sesiapa yang sedang mendapatkan tiket BTS ya!

“Semoga luck itu sampai kepada penikmat yang betul menghargai muzik dan perjalanan mereka,” tulisnya.

Perkongsian itu ternyata menerima reaksi positif yang rata-ratanya bersetuju bahawa penghargaan terhadap karya dan perjuangan seseorang artis merupakan perkara yang penting dalam budaya peminat.

Untuk info, BTS bakal menemui peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ pada 12 dan 13 Disember tahun ini.

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu akan diadakan di Stadium Nasional TM.

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement