Pelakon cilik, Mikael Noah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila terpilih membintangi drama popular Taiwan berjudul Mad Doctor 2.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh ibunya, Salzelin menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.
Advertisement
“Baru-baru ni Mikael pergi casting untuk drama Taiwan, Alhamdullillah Mikael terpilih dan akan terbang ke Taiwan 5 Oktober ni untuk mulakan pengambaran drama Mad Doctor 2, Mikael akan memegang watak sebagai Shumia.
“Doakan Mikael dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik..doakan juga Mikael dapat peluang berlakon dengan negara jiran yang lain pulak ok,” tulisnya.
Ketika dihubungi Gempak, Salzelin memberitahu mereka akan berangkat ke Taiwan pada 5 Oktober nanti.
"Kami akan bergerak ke Taiwan 5 oktober nanti, Mikael akan terlibat shooting selama seminggu di sana
"Doakan semua urusan dipermudahkan," kata Salzelin kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Mikael juga bakal hadir dengan lakonan terbaharunya menerusi siri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup.
Selain Mikael, siri itu turut dibintangi oleh, Diana Daniel, Aliff Star dan Elly Mazlien.