Skip to main content

Hiburan

Mila Mohsin Pernah Ragu-Ragu Masuk Bidang Seni, Risau Dibandingkan Dengan...

dvfvf

Ringkasan AI

  • Mila Mohsin pernah ragu-ragu untuk menceburi industri hiburan kerana bimbang dibandingkan dengan ibu bapanya, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin.
  • Suami Mila, Abang Saef Hud, menjadi sumber sokongan utama yang mendorongnya serius dalam bidang lakonan.
  • Mila tidak menghadapi masalah untuk terus bekerja selepas berkahwin kerana suaminya memahami jadual dan komitmennya.
  • Mila bakal muncul dalam Astro Originals, ‘Good Boys Go to Heaven’ sebagai watak Maureen, yang akan ditayangkan pada 2026.
  • Siri ini mengisahkan seorang bapa yang menyiasat kematian anaknya di pekan Kuala Makar, dengan barisan pelakon terkenal lain turut terlibat.

Pelakon, Mila Mohsin, mengakui pernah berasa ragu-ragu untuk menceburi industri hiburan kerana bimbang sentiasa dibandingkan dengan ibu bapanya, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin.

Hani Kamila Hani Mohsin atau lebih dikenali sebagai Mila Mohsin, 28, berkata pengalaman dan legasi kedua ibu bapanya membuatkan dia teragak-agak untuk melangkah ke dunia seni pada awalnya. 

Namun, sokongan suami tercinta, Abang Saef Hud, memberi dorongan kepadanya untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan.

“Dia sangat mendukung. Dia orang utama yang mendorong saya untuk serius mengambil langkah ini dan menjadikannya jalan utama saya.

“Mungkin sebab saya risau dibandingkan dengan ibu bapa saya dan legasi mereka. Mereka tinggalkan sejarah yang sangat luar biasa untuk diikuti,” ujarnya.

Selain itu, Mila turut mendedahkan dia tiada masalah untuk terus bekerja walaupun sudah berkahwin kerana suaminya memahami jadual dan komitmennya.

“Alhamdulillah, suami saya sangat memahami kerja saya. Dia juga sangat sibuk mengurus gim kami di Sentul Point, Real Combat Academy. 

“Kami sudah terbiasa dengan jadual yang padat dan jam yang panjang, jadi semuanya lancar,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Mila Mohsin bakal muncul dalam Astro Originals, ‘Good Boys Go to Heaven’ sebagai watak Maureen. 

Barisan pelakon lain yang turut membintangi termasuk Beto Kusyairi, Zahirah McWilson, Firdaus Karim, Malek Maccrone, Amerul Affendi, Amanda Ang, Sky Iskandar, Dai Fuad, Marzuki Noh, Sayf Mikael dan Zaleha Iman.

Siri terbitan Astro Shaw ini akan menampilkan lapan episod dan bakal ditayangkan pada 2026 melalui Astro Go, On Demand serta saluran Citra, Ria dan platform Sooka. 

Sinopsis Good Boys Go To Heaven

Tragedi kematian anak seorang bapa di pekan terpencil Kuala Makar memaksa beliau menjejak individu mencurigakan bagi mencari pembunuh sebenar dan membersihkan namanya. Anak lelakinya, Ahyan, ditemui dibunuh dengan kejam, menjadikan bapa itu sebagai suspek utama akibat tiada alibi serta pergolakan rumah tangga. Dengan keberanian, beliau memulakan penyiasatan sendiri untuk menyingkap kebenaran di sebalik kematian anaknya.

Barisan pelakon lain yang turut membintangi termasuk Beto Kusyairi, Zahirah McWilson, Firdaus Karim, Malek Maccrone, Amerul Affendi, Amanda Ang, Sky Iskandar, Dai Fuad, Marzuki Noh, Sayf Mikael dan Zaleha Iman.

Must-Watch Video

Advertisement