Skip to main content

Selebriti

Mimi Lana Teringin Kembali Ke Zaman P. Ramlee - “Teruja Untuk Saksikan Sendiri Suasana…”

Mimi lana

Sekilas

  • Mimi Lana kagum dengan karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee selepas menonton filem beliau selama tiga hari berturut-turut dan berharap dapat hidup pada era kegemilangan P. Ramlee.
  • Pelakon itu menyifatkan karya agung P. Ramlee sebagai tidak lapuk ditelan zaman dan salah satu lagu kegemarannya turut dimuatkan dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang.
  • Filem Mojoku Hilang yang dibintangi Adipati Dolken dan lain-lain akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai, mengisahkan perjuangan seorang lelaki mempertahankan tanah kampung sambil jatuh cinta.
Advertisement

Pelakon, Mimi Lana meluahkan rasa kagum terhadap karya lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee selepas menghabiskan masa selama tiga hari berturut-turut menonton filem lakonan dan arahan beliau.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Mimi berkara sekiranya diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, dia pasti memilih untuk hidup pada era kegemilangan P. Ramlee kerana teringin menyaksikan sendiri suasana penggambaran filem pada ketika itu.

Advertisement

“Selama tiga hari berturut-turut saya menonton filem-filem P. Ramlee! Kalau saya boleh kembali ke masa lalu, saya pasti akan memilih untuk hidup pada zaman P. Ramlee.

“Saya pasti sangat teruja untuk menyaksikan sendiri suasana di set penggambaran filem mereka, melihat bagaimana keajaiban berlaku di sebalik tabir dan bertemu dengan Saloma!

“Kelakar juga bagaimana filem-filem ini menjadi semakin bermakna apabila kita semakin dewasa.

Advertisement

“Setiap kali saya menontonnya semula, seolah-olah ada sesuatu yang baharu tentang kehidupan yang dapat saya pelajari,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi juga turut menyifatkan karya agung Allahyarham P. Ramlee sebagai sebuah karya agung yang tidak pernah pudar.

Malah kata Mimi lagi, salah satu lagu P. Ramlee kegemarannya juga turut dimuatkan dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Mojoku Hilang!

“Sesetengah karya agung memang tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Ia bukan sekadar menghiburkan kita, tetapi turut menemani kita melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.

“Al-Fatihah buat kedua-dua legenda. Dalam filem Mojoku Hilang pun ada satu lagu kegemaran saya daripada P. Ramlee tau,” kongsinya.

Selain Mimi, filem tersebut turut dibintangi Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

JEEL Varnika Kurti - Special Edition | RM19 only! | Soft | No Shrinkage | No Colour Run | 100% Guaranteed |

JEEL Varnika Kurti - Special Edition | RM19 only! | Soft | No Shrinkage | No Colour Run | 100% Guaranteed |

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

JEEL Supreme Kurti - RM59 each | Vibrant Colours | Perfect for Occasion Wear | With Lining |

JEEL Supreme Kurti - RM59 each | Vibrant Colours | Perfect for Occasion Wear | With Lining |

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement