Sekilas
- Kamal Adli berkongsi mimpi sedih tentang anaknya, Hawra Uqaira, yang sudah besar dan menolak pelukannya dalam mimpi tersebut.
- Mimpi itu membuatkan Kamal terjaga dengan mata berair dan meluahkan bahawa dia belum bersedia untuk menghadapi situasi anaknya membesar.
- Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021, dikurniakan seorang anak perempuan, dan disahkan bercerai pada Januari lalu.
Pelakon, Kamal Adli menyorot perhatian apabila berkongsi mimpinya sewaktu tidur sebentar selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Menerusi Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli memaklumkan bahawa dalam mimpi tersebut anaknya iaitu Hawra Uqaira sudah semakin besar.
Namun, apa yang berlaku dalam mimpi tersebut telah membuatkan Kamal berasa sedih sehingga terjaga dengan mata yang berair.
“Tadi saya tidur lepas solat Jumaat, selepas itu saya mimpi Hawra Uqaira. Dia macam dah besar sikit dan saya panggil dia suruh datang peluk saya.
“Tapi dia tolak, tak nak dan siap buat eyes rolling lagi.
“Sumpah terasa dan sedih. Bila bangun rupanya mata berair weh, siap teresak,” kongsinya.
Tambah Kamal dia berasa sangat sedih sehingga meluahkan bahawa dia belum bersedia untuk berdepan dengan situasi yang sebegitu rupa satu hari nanti.
“Hmm Hawra jangan besar please, ayah belum ready.
“Done curhat,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 12 Januari yang lalu.
Sumber: Threads