Skip to main content

Berita Antarabangsa

Miss Jamaica Di ICU, Jatuh Pentas Miss Universe 2025

Miss Jamaica masuk icu

Sekilas

  • Fatima Bosch dari Mexico dinobatkan sebagai Miss Universe 2025 dalam majlis di Nonthaburi, Thailand.
  • Miss Jamaica, Gabrielle Henry, terjatuh dari pentas semasa pusingan gaun petang dan kini dirawat di ICU.
  • Keluarga Gabrielle memohon agar orang ramai tidak meninggalkan komen negatif di media sosial mengenai insiden tersebut.

Di sebalik kejayaan Fatima Bosch dari Mexico dinobatkan sebagai Miss Universe 2025 dalam majlis yang berlangsung di Nonthaburi, utara Bangkok, Thailand pada Jumaat, ada kisah duka yang juga berlaku pada acara sama.

Ia adalah berita duka mengenai Miss Jamaica, Gabrielle Henry, yang sedang dirawta di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital tempatan selepas terjatuh daripada pentas pertandingan ratu cantik itu.

Henry terjatuh sewaktu pusingan awal memperaga gaun petang di Miss Universe, pada 19 November lalu, lapor People.

Peserta berusia 28 tahun itu terjatuh sewaktu sedang yakin berjalan dan memperaga gaun berwarna jingga dengan kasut tumit tinggi. Namun dia kemudian tersilap langkah sekaligus membuatnya jatuh terus daripada pentas pertandingan.

Pihak hospital memberitahu kesihatan Henry tidak memuaskan dan terpaksa dirawat di ICU untuk tempoh sekurangnya satu minggu.

Keluarga peserta itu termasuk ibunya berada di sisi Henry saat ini. Mereka memohon jasa baik pengguna media sosial untuk tidak meninggalkan komen negatif pada video yang dirakamkan saat Henry terjatuh pentas.

Must-Watch Video

Advertisement