Sekilas
- Klip teaser lagu OST filem TERBANG nyanyian Amir Masdi telah menarik perhatian ramai di media sosial Astro Shaw.
- Vokal Amir dalam teaser tersebut dipuji hebat oleh netizen yang tidak sabar menantikan lagu penuh dan muzik video rasmi.
- Filem TERBANG, arahan Chiu Keng Guan dan diinspirasikan oleh legenda rali Karamjit Singh, akan ditayangkan di pawagam pada 17 September.
Klip teaser lagu runut bunyi (OST) filem TERBANG yang menampilkan penyanyi Amir Masdi mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw.
Menerusi video tersebut, Amir memperdengarkan sebahagian lagu berkenaan dan meskipun hanya dalam durasi singkat, vokalnya berjaya membuatkan peminat semakin tidak sabar menantikan versi penuh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan serta kekuatan vokal penyanyi berusia 30 tahun itu.
“Padu teruk!
“Mantap Amir Masdi.
“Fuh, Amir Masdi!
“Come on! Mohon keluarkan cepat. Dah terlalu ‘hype’,” antara komen netizen.
Bagaimanapun, versi penuh lagu dan muzik video rasmi masih belum dilancarkan dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.
TERBANG merupakan filem arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh dan bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.