Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda: Bukan Datang ‘Kosong’, Fakhrul UNIC Puji Kesediaan Finalis Menuju Ke Pentas Akhir

Fakrul

Hos Mualim Muda, Fakhrul UNIC menyifatkan setiap finalis sudah bersedia untuk tampil di pentas akhir.

Menurut Fakhrul, latar belakang para peserta yang dipilih bukanlah calang-calang kerana mereka telah melalui proses tapisan yang ketat sejak peringkat uji bakat lagi.

“Saya nampak mereka ini memang bersedia untuk program realiti. Dari segi latar belakang, semua peserta Mualim Muda ini bukan biasa-biasa. Walaupun ada yang mungkin tidak berjaya ke peringkat akhir, background mereka memang sudah dikaji dan diteliti,” katanya.

Tambah Fakhrul, kebanyakan peserta juga sudah mempunyai asas ilmu agama serta pengalaman berdakwah, selain aktif di media sosial dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam komuniti masing-masing.

“Ada yang memang sudah bersedia dari segi ilmu, ada juga yang sudah ‘ready’ di media sosial dan berpengaruh. Jadi mereka tidak datang ke program ini sebagai kosong atau sifar, tetapi memang sudah ada asas.


“Kita tahu bila seseorang itu keluar dari program yang berjalan lapan minggu, orang akan mula letakkan harapan tinggi. Nama pun Mualim, orang akan anggap mereka sudah alim dan tahu segalanya. Sebab itu dari peringkat uji bakat lagi, peserta sudah ditapis. Mereka memang kena bersedia sebab dalam program realiti ini, orang akan menganggap mereka sudah tahu banyak perkara,” ujarnya.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 
 
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
 

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
 

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
 
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement