Skip to main content

Hiburan

Muat Naik Foto Bersama Jenazah Arwah Andre Mikhail, Luahan Amyza Aznan Undang Sebak - “Anak… Pelukan Terakhir Untukmu”

Amyza Aznan

Sekilas

  • Amyza Aznan berkongsi foto pilu memeluk jenazah anak sulungnya, Andre Mikhail, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
  • Rata-rata netizen dan rakan artis memberikan ucapan takziah serta doa agar Amyza dan keluarga kuat menghadapi dugaan ini.
  • Andre meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada Selasa pagi.
Advertisement

Pelakon, Amyza Aznan meruntun jiwa ramai apabila memuat naik foto dirinya yang memeluk jenazah anak sulung, Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Amyza turut menyorot perhatian warganet apabila menulis kapsyen yang sangat menyentuh perasaan.

Advertisement

“Anak… pelukan terakhir untukmu,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan ucapan takziah buat Amyza atas pemergian Allahyarham Andre.

Warganet turut mendoakan agar Amyza diberikan kekuatan untuk menempuji ujian tersebut.

“Kakak Amyza mohon kuat semangat ya.

“Ya Allah, kuatkanlah hati Amyza dan keluarganya menempuhi dugaan dan ujian ini.

“Nangislah sepuas-puasnya akak. Insya-Allah satu hari nanti akak akan okay,” komen netizen.

Sekadar info, Andre menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.15 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru.

Jenazah Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada jam 10.40 pagi Selasa.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Sumber: Threads Amyza Aznan

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement