Skip to main content

Viral

"Muka Macam ‘Siapa Kau?’" - Mekyun Kongsi Pengalaman Jumpa Influencer 'Feeling', Harap Diri Sendiri Kekal Membumi

Astro Gempak mekyun (1)

Sekilas

  • Pempengaruh Mekyun berkongsi pengalaman kurang mesra dengan beberapa influencer lain di acara kecantikan yang mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen.
  • Mekyun menegaskan pentingnya sikap rendah diri dan mesra walaupun mempunyai ramai pengikut atau status tinggi dalam industri.
  • Beberapa selebriti dan pengguna media sosial turut berkongsi pandangan tentang sikap berbeza antara influencer dan artis di acara sosial.
Advertisement

Pempengaruh Mekyun, mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri acara yang turut dihadiri oleh beberapa influencer lain.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, Mekyun meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir individu yang menurutnya kelihatan terlalu ‘berjarak’ ketika berada di acara tertentu.

Advertisement

"Kenapa eh kalau pergi event especially beauty events mesti ada ramai influencers yang feeling-feeling.

"Vibe diorang macam wow aku terpaling hot dan muka macam ‘siapa kau?’ Lepastu vibe macam tak friendly langsung.

"Faham tak apa yang Mekyun cuba cakap? Korang rasa tak apa yang Mekyun rasa?" tulisnya.

Advertisement

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Dalam satu lagi hantaran, Mekyun menjelaskan bahawa pandangannya itu datang daripada pengalaman peribadi ketika cuba berkenalan dengan seorang influencer.

"Sebab Mekyun pernah experienced sendiri tau. Pernah sekali Mekyun jumpa seorang influencer yang famous. Mekyun tegur dia, cakap ‘hi I’m Mekyun’ dengan excitednya sebab ingat boleh kenal-kenal dan sembang sikit. Tapi dia jawab macam nak tak nak je.

"Lepastu Mekyun ada minta ambil gambar sekali, dia angguk je… lepas tu terus belah. Tak ada pun macam small talk ke apa.

"Ada juga beberapa influencers lain yang Mekyun cuba start conversation tapi reaction diorang sama juga… macam nak tak nak layan," luahnya.

Bagaimanapun, dalam hantaran berasingan, Mekyun turut berkongsi rasa terharu selepas membaca komen-komen yang memuji sikapnya yang mesra apabila bertemu peminat secara berdepan.

“Terharunya Mekyun baca semua replies dekat thread Mekyun sebelum ni. Ramai yang cakap Mekyun friendly bila jumpa in real life. Thank you gais.

"Bagi Mekyun, kita semua sama je. Tak kira apa kerja kita, berapa ramai followers kita atau dari golongan mana pun.

"Walau setinggi mana pun kita pergi dalam hidup, jangan pernah lupa untuk jadi orang yang baik dan merendah diri. Itu prinsip Mekyun.

"Sebab akhirnya kita semua sama je. Sama-sama manusia, kan?” kongsinya.

Mekyun turut mengingatkan pengikutnya supaya tidak segan menegurnya jika terserempak di mana-mana.

“Kalau korang datang tegur Mekyun mestilah Mekyun tegur balik. Mekyun pun manusia biasa je.

"So kalau nampak Mekyun dekat mana-mana, jangan segan untuk tegur okay! Mekyun pun memang happy sangat bila dapat jumpa korang," tambahnya.

Di ruangan komen, beberapa selebriti dan pempengaruh turut memberikan reaksi terhadap perbincangan tersebut.

Antara yang meninggalkan komen ialah Catriona Ross yang menulis:

“Lebih dari faham. I have no idea why some feeling but I remain being my self. I’ll chat and say hi to everyone.”

Tulis Hunnymadu pula; "I rasalah, dorang ni sebenarnya pemalu/introvert tapi muka nampak sombong. I dah banyak kali experience tapi I tak terasa pun. Its their loss for not being able to communicate."

"Jangan kata beauty events, majlis agama pun kadang ada yang kekwat usually yang muda mudi ni. Kita senyum dia toleh tempat lain. Why lah? Kakak bukan competitor dik umur awak pangkal 2 pun dah menang besar," tambah Ika Nabella.

Seorang lagi pengguna media sosial turut memberikan pandangan mengenai perbezaan sikap antara artis dan influencer ketika menghadiri acara.

“Mekyun! I don’t know why some influencers ada vibe begitu, tapi saya perasan kalau jumpa rakan artis (actors/singers) diorang lebih rajin bersosial dan lebih chill di events.”
 

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Must Watch Video

Advertisement