Sekilas
- Filem Munafik: Melawan Iblis berjaya meraih kutipan RM2 juta selepas dua minggu tayangan di pawagam seluruh Malaysia.
- Filem ini menduduki tangga pertama carta Top Movies GSC dan bersaing dengan filem antarabangsa seperti Resident Evil dan Avengers Endgame Encore.
- Munafik: Melawan Iblis dibintangi oleh pelakon popular seperti Arya Saloka dan Acha Septriasa, serta ditayangkan sejak 1 Oktober di pawagam Malaysia.
Filem Munafik: Melawan Iblis terus mencipta fenomenanya yang tersendiri selepas berjaya meraih kutipan RM2 juta di pawagam seluruh negara.
Kutipan itu berjaya diraih selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.
Filem ini juga berjaya menduduki tangga pertama carta Top Movies GSC.
Lebih membanggakan, filem ini juga berjaya menjadi pilihan netizen malah bersaing dengan deretan filem antarabangsa besar antaranya Resident Evil, V, Heart of The Beast dan Avengers Endgame Encore.
Munafik : Melawan Iblis dibintangi Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.
Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.
Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.
Munafik: Melawan Iblis kini ditayangkan di pawagan Malaysia pada 1 Oktober.