Sekilas
- Syamsul Yusof teruja melihat Arya Saloka membawa watak Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis yang akan ditayangkan Oktober ini.
- Arya Saloka dianggap pelakon berbakat dengan gaya lakonan tersendiri yang mampu menghidupkan watak ikonik tersebut.
- Filem ini menampilkan pelakon Indonesia lain dan merupakan sambungan kepada Munafik 2, diterbitkan dengan kerjasama beberapa produksi dan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran di Malaysia.
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui teruja melihat pelakon Indonesia, Arya Saloka membawakan watak Ustaz Adam yang popular menerusi filem arahan dan lakonannya iaitu Munafik.
Menurut Syamsul, dia menyifatkan Arya senagai seorang pelakon yang bagus dan yakin pelakon itu mampu membawa watak tersebut dengan gaya yang tersendiri.
“Karakter Ustaz Adam dibawa oleh Arya Saloka. Saya difahamkan bahawa dia merupakan seorang pelakon yang baik dan ada gaya yang tersendiri dalam lakonan.
“Saya teruja sebab saya percaya setiap pelakon ada keistimewaan dan aura yang tersendiri dan akan memberi rasa yang berbeza,” kongsinya.
Dalam masa sama, Syamsul yang mengakui rindu akan karakter tersebut turut meluahkan rasa tidak sabar melihat lakonan Arya.
“Sebenarnya saya sangat rindu dengan karakter Ustaz Adam, sebab itu saya hasilkan sambungannya Munafik 2 dan insya-Allah akan ada Munafik 3.
“Saya juga expect lebih daripada Arya dan tak sabar nak menonton. Saya gembira melihat karakter Ustaz Adam ini dimainkan oleh pelakon lain,” katanya lagi.
Untuk info, Arya bakal melakonkan watak Ustaz Adam yang filem Munafik: Melawan Iblis dan selain Arya, filem ini turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.
Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.
Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.
Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.