Skip to main content

Hiburan

Muncul Dengan Video Promosi Jenama ‘Spec’ Antarabangsa, Netizen ‘Cair’ Tengok Bella Astillah - “Muka Dia Memang Sesuai…”

Astrogempak BELLA

Sekilas

  • Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas muncul dalam video promosi jenama cermin mata antarabangsa Gentle Monster.
  • Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang memuji penampilan dan pencapaian Bella dalam dunia peragaan.
  • Netizen turut mendoakan agar rezeki Bella terus murah dan mengakui wajahnya sangat sesuai untuk menjadi model jenama besar.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tampil dalam sebuah video promosi untuk jenama cermin mata antarabangsa. 

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang netizen meluahkan rasa gembira melihat kejayaan yang dikecapi Bella.

Advertisement

“Dia datang dengan sunglasses pula. Bella Astillah ft Gentle Monster. Alhamdulillah, murah rezeki Bella. Rezeki orang yang sentiasa sabar dan bersangka baik dengan ujiannya,” tulis netizen tersebut.

Perkongsian video tersebut di media sosial menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang memuji pencapaian Bella yang dilihat semakin mendapat perhatian pelbagai jenama terkenal.

Netizen turut memuji penampilan Bella yang disifatkan sangat sesuai untuk dunia peragaan dan mendoakan agar rezeki Bella terus dipermudahkan.

Advertisement

“Siapa pengurus dia? Muka dia ada di mana-mana. Hebat. 

“Saya suka kalau Bella ambil job model macam ini. Muka dia memang sesuai jadi model untuk jenama-jenama besar. 

“Rasa macam sebab usaha dia juga yang buatkan banyak jenama nak bekerjasama dengannya. 

“Gilo ah. Muka dia mmg sesuai JD model product. Comel petite.

“Wow..Tahniah Bella. Fly high dan moga terus murah rezeki, aamiin,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

KEMEJA Mandalas Meralda Men's Short Sleeve Batik Shirt

KEMEJA Mandalas Meralda Men's Short Sleeve Batik Shirt

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement