Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Mungkin Saya Akan Berhenti..." - Ernie Zakri

“Mungkin Saya Akan Berhenti..." - Ernie Zakri

Sekilas

  • Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila usaha dan pencapaiannya dalam industri seni suara sering dipersoalkan oleh segelintir pihak.
  • Ernie berharap orang ramai lebih berhati-hati memberi pandangan kerana mereka hanya nampak hasil akhir tanpa tahu pengorbanan dan cabaran di sebaliknya.
  • Dia memilih untuk terus berkarya tanpa perlu membuktikan dirinya kepada sesiapa walaupun pencapaiannya dianggap kecil oleh sesetengah pihak.
Advertisement

Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila usaha dan pencapaiannya dalam industri seni suara sering dipersoalkan oleh segelintir pihak.

Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, ada ketika dirinya tidak berdaya untuk berkarya bukan kerana sudah kehabisan idea namun setiap usaha yang dicurahkan seolah-olah masih dianggap tidak mencukupi.

Advertisement

“Kadang-kadang saya penat berkarya. Bukan kerana saya sudah tiada apa-apa lagi untuk diberikan, tetapi kerana entah bagaimana, tidak kira sebanyak mana saya mencurahkan tenaga dan perasaan ke dalam karya, akan sentiasa ada seseorang yang merasakan ia masih belum cukup.

“Walaupun pencapaian yang kecil, tetap ada yang mengukur atau mempersoalkannya. Dan kadang-kadang saya tertanya-tanya... sebenarnya, apa yang dikatakan cukup itu?

“Saya tahu orang akan sentiasa bercakap. Mereka bercakap tentang perkara yang mereka nampak, perkara yang mereka andaikan dan kadang-kadang tentang sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya. Saya sudah berdamai dengan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie berharap orang ramai dapat lebih berhati-hati dalam memberi pandangan terutama apabila ia melibatkan usaha serta pencapaian seseorang.

Kata pelantun lagu Sejambak Bunga itu, apa yang dilihat oleh orang ramai hanyalah hasil akhir tanpa mengetahui perjalanan panjang, pengorbanan dan cabaran yang dilalui seseorang untuk sampai ke tahap tersebut.

“Tetapi saya harap kita semua belajar untuk lebih berlembut dengan perkara yang kita pilih untuk kecilkan di mata orang lain.

“Anda hanya nampak lagunya, tetapi anda tidak nampak malam-malam tanpa tidur di sebaliknya.

Anda nampak pentas, tetapi anda tidak nampak bertahun-tahun yang diperlukan untuk seseorang berdiri di atas pentas itu.

“Anda nampak pencapaian, tetapi anda tidak nampak insan yang terpaksa terus percaya pada dirinya sendiri untuk sampai ke tahap tersebut,” ujarnya.

Pada masa sama, Ernie berkata dia mungkin sudah tidak mahu terlalu memikirkan soal membuktikan dirinya kepada sesiapa, sebaliknya memilih untuk terus menghasilkan karya mengikut kemampuannya.

“Mungkin saya akan berhenti cuba membuktikan bahawa saya ini sudah cukup. Saya cuma akan terus berkarya.

“Dan jika kemenangan kecil saya sekalipun masih terasa terlalu kecil untuk anda, mungkin masalahnya bukan pada saiz pencapaian saya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ernie menegaskan luahannya itu bukan kerana dia mahu berhenti daripada industri nyanyian. 


 

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement