Rumah produksi SR One Sdn. Bhd dengan penerbit berprolifik Siti Rosmizah kini kembali dengan drama terbaharu bertajuk Mutiara Dalam Dedaun Kabus.
Drama ini diadaptasi daripada novel popular, Mutiara Dalam Debuan Kabus diarahkan oleh Harris Fadzillah yang merupakan kesinambungan novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu.
Advertisement
Paling mengujakan, drama 24 episod ini menampilkan kolaborasi perdana dua aktor dan aktres yang cukup berkaliber iaitu Zahirl Adzim dan Emma Maembong.
Membawakan karakter Uzzam Zulkarnaian, penonton dipersembahkan dengan lakonan Zahiril sebagai seorang lelaki ‘berhati kering’ dan penuh amarah selepas bersetuju menikahi Aslin (Emma) setelah diperangkap.
Aslin juga ‘tidak mahu kalah’ dan ‘tidak boleh menyerah’ selagi perjanjian perkahwinan yang dimeterai belum disudahi, maka dengan sikap biadab dan tidak pernah menjadi isteri serta ibu yang baik, Aslin menjalankan kehidupan berumah tangga dengan Uzzam penuh muslihat.m

Plot yang dIpersembahkan dalam Mutiara Dalam Debuan Kabus ini malah dibikin semirip mungkin dengan novel yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembaca.
Sejak ditayangkan pada 6 Oktober lalu, penonton sudah mula mengikuti Mutiara Dalam Debuan Kabus dengan ‘tekun’ kerana geram dengan sikap penuh
muslihat Aslin dan keluarganya yang mata duitan.
Sementara itu, ramai yang teruja melihat Zahiril memainkan watak Uzzam dengan cemerlang, dia bertahan di sebalik perangkap yang dipasang demi memastkkan harta miliknya tidak jatuh ke tangan Aslin.
Konflik yang ditonjolkan dalam Mutiara Dalam Debuan Kabus mungkin dikatakan klise tetapi ini adalah realiti sebenar yang dihadapi dalam masyarakat kita.
Mutiara Dalam Debuan Kabus adalah satu lagi naskhah wajib tonton kerana konflik yang berlaku dan ditonjolkan sangat dekat dengan masyarakat.
Pemilihan Zahiril dan Emma sendiri sudah cukup menjadi tarikan kerana kredibiliti dan komitmen mereka.
Selain Emma dan Zahiril, Mutiara Dalam Debuan Kabus turut dibintangi oleh Watie Elite, Jasmin Hamid, Safura Ya’akob, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Manan Sulaiman, Faye Kusairi.
Jangan lupa saksikan Mutiara Dalam Debuan Kabus, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro RIA (saluran 104) menerusi slot MegaDRAMA.