Skip to main content

Hiburan

Nad Zainal Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Astrogempak NAD ZAINAL

Sekilas

  • Pelakon Ungku Ismail berkongsi berita gembira isteri, Nad Zainal, selamat melahirkan anak lelaki pada pagi Rabu.
  • Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan sihat dan comel, menurut Ungku dalam hantaran media sosialnya.
  • Pasangan ini telah berkahwin sejak Januari 2023 dan mempunyai seorang anak lelaki bersama, manakala Nad Zainal juga mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.
Advertisement

Pelakon, Ungku Ismail berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nad Zainal, selamat melahirkan cahaya mata lelaki mereka pada pagi Rabu. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ungku menerusi satu hantaran di media sosial. 

Advertisement

“Isteri saya selamat melahirkan anak kami pada jam 9.41 pagi tadi,” katanya.

Dalam masa sama, Ungku turut memaklumkan bahawa kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan ad'iyah yang baik.

“It's a boy,” tambahnya.

Perkongsian berita gembira itu menerima limpahan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan peminat yang mendoakan agar Nad, Ungku serta cahaya mata mereka sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sekadar info, Nad Zainal dan Ungku Ismail telah sah bernikah pada 23 Januari 2023 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk info, Nad Zainal dan Ungku Ismail juga mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Ungku Indra Puteh Al Maajid.

Sebelum berkahwin dengan Ungku Ismail, Nad Zainal mempunyai dua orang cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement