Skip to main content

Hiburan

Nad Zainal Umum Hamil Anak Keempat - “Ada Orang Tegur Perut, Saya Tak Buncit Tapi Pregnant”

Nad Zainal

Sekilas

  • Pelakon Nad Zainal mengumumkan dia sedang hamil anak keempat menerusi hantaran di Threads.
  • Nad menjelaskan perutnya yang membuncit bukan disebabkan makanan, tetapi kerana kehamilan.
  • Beliau tidak berkongsi lanjut tentang usia kandungan atau jantina bayi dalam pengumuman tersebut.
Advertisement

Tahniah buat pelakon, Nad Zainal yang kini sedang hamil anak keempat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Nad Zainal menerusi hantaran di Threads.

Advertisement

Kongsi Nad, ramai yang mula menegur perutnya yang kelihatan semakin membuncit.

“Ada orang tegur perut, hmm saya tak buncit tapi sayapregnant.

“Malaslah nak announce sebab anak nombor empat dah tapi saya just nak beritahu saya buncit bukan pasal makanan,” kongsi Nad.

Walau bagaimanapun, Nad tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia serta jantina kandungannya.

Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan cara sempoi Nad mengumumkan berita gembira tersebut.

“Cenggitu je dia announce, comel betul Kak Nad.

“Alhamdulillah, tahniah,” komen netizen.

Sekadar info, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 10 Oktober tahun yang sama.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 sebelum bercerai sekitar September 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 9, dan Budi Kalsom yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement