Skip to main content

Selebriti

Nadia Aqilah Imbas Momen Bersama Arwah Bapa, Tak Sangka Permintaan Peluk Kini Jadi Kenangan – “Kalaulah Saya Tahu Itu Momen Terakhir…”

Nadia Aqilah Imbas Momen Bersama Arwah Bapa, Tak Sangka Permintaan Peluk Kini Jadi Kenangan – “Kalaulah Saya Tahu Itu Momen Terakhir…”

Sekilas

  • Nadia Aqilah berkongsi pengalaman menjaga bapanya di hospital selama sebulan sebelum arwah meninggal dunia pada Julai 2018.
  • Dia sanggup mengorbankan keselesaan diri demi memastikan bapanya selesa walaupun mengalami alahan akibat keletihan.
  • Kenangan paling sukar dilupakan adalah pelukan terakhir bapanya sebelum dia pulang berehat selepas tidak tidur selama 48 jam.
Advertisement

Pelakon, Nadia Aqilah berkongsi momen menyentuh hati ketika menguruskan arwah bapanya yang pernah menerima rawatan di hospital selama sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadia berkata sepanjang tempoh tersebut dia sanggup mengetepikan keadaan diri demi memastikan bapanya berada dalam keadaan selesa walaupun terpaksa berdepan masalah alahan pada wajah akibat keletihan.

Advertisement

“Sebulan jaga arwah bapak di hospital, sampai muka naik allergic. Tapi masa tu tak peduli apa. Fikir nak bapak selesa je.

“Kalau lah saya tau itu momen terakhir, saya akan ambil lebih banyak gambar sama-sama,” kongsinya.

Malah kata Nadia, antara kenangan yang paling sukar dilupakan adalah apabila bapanya minta dipeluk sebelum dia pulang ke rumah untuk berehat selepas tidak tidur selama 48 jam.

Bagaimanapun, kata Nadia, dia tidak pernah berasa kesal dengan segala pengorbanan yang dilakukan kerana sudah berusaha memberikan penjagaan terbaik buat arwah bapanya.

Advertisement

“Tapi tak ada kesal, ‘because we did everything to make him comfortable’. Siap pakat dengan ‘nurse’ bawa kan katil keluar bapak nak tengok matahari.

“Bapak pergi waktu Subuh masa saya pulang tidur kepenatan tak tidur 48 jam haritu. Sebelum balik bapak mintak peluk. Itu lah pelukan terakhir kami,” kongsinya.

Untuk info, bapa Nadia, Allahyarham Bajuri Bemawi meninggal dunia pada Julai 2018 akibat sakit jantung, buah pinggang dan komplikasi paru-paru.

Anda mungkin berminat dengan

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

[Kasut Raya] [Online Exclusive] BATA Pia Women Maroon /Black /Brown Sandal 5105211/5106211/5724043 Sandal Perempuan

[Kasut Raya] [Online Exclusive] BATA Pia Women Maroon /Black /Brown Sandal 5105211/5106211/5724043 Sandal Perempuan

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement