Skip to main content

Viral

Nadzmi Adhwa Kesal Ada Yang Persoal Isu Mahram Aktivis GSF - “Ingat Naik Kapal Tu Pergi Jalan-Jalan Macam Kau Ke? Bodoh Simpan Sikit”

Nadzmi Adhwa Kesal Ada Yang Persoal Isu Mahram Aktivis GSF

Suami kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, iaitu Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kesal mengenai isu mahram melibatkan peserta wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di platform media sosial Threads, Nadzmi menyuarakan kekesalannya terhadap kritikan yang dianggap tidak wajar dilemparkan kepada para sukarelawan yang menyertai misi berkenaan.

Advertisement

Malah kata Nadzmi, misi kemanusiaan tersebut seharusnya menerima sokongan moral dan doa daripada masyarakat, bukannya kecaman yang hanya berdasarkan spekulasi serta andaian.

“Awak boleh berkata apa apa sahaja sebab bukan keluarga awak yang ada dalam perjuangan itu.

“Apa salahnya kita berdoa yang baik baik sahaja untuk mereka? Sudah sudahlah mempertikaikan dan mempersoalkan, hanya yang tahu sahaja tahu,” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama, Nadzmi juga turut membidas segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa memahami situasi sebenar di atas kapal yang digunakan dalam misi tersebut.

“Dunia begitu puji rakyat Malaysia yang berada atas kapal bagaimana mereka sangat menjaga solat dan menjaga aurat mereka.

“Yang tak naik Kapal kat sini pulak macam tahu sangat apa jadi dalam kapal tu. Bukan minta apa pun. Minta doa je.

“Ingat diorang naik kapal tu pergi jenjalan macam kau ke? Bodoh simpan sikit,” coretnya.

Terdahulu, perkongsian pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim yang menyentuh soal mahram ketika merujuk kepada aktivis kemanusiaan Zizi Kirana dan PU Rahmat mengundang pelbagai reaksi netizen.

Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang netizen selain menyifatkan Rizalman tidak sensitif dengan isu semasa.

Must-Watch Video

Advertisement