Skip to main content

Artis Tempatan

"Nak Berhenti Nyanyi Ker?" - Netizen Tertanya-Tanya Hantaran Baharu Shiha Zikir

Shiha_Zikir

Penyanyi Shiha Zikir memberi bayangan tentang sebuah perjalanan baharu yang bakal dimulakan tidak lama lagi.

Dalam hantaran ringkas di Instagram, Shiha menyatakan rasa syukurnya atas doa serta sokongan yang tidak putus daripada para peminat.

Advertisement

“InshaAllah tak lama lagi, satu lagi perjalanan baru akan bermula. Shiha akan kongsikan tak lama lagi ya. Terima kasih banyak atas doa yang baik-baik dari kalian semua,” tulisnya.

Walaupun Shiha belum mendedahkan secara terperinci apakah bentuk perjalanan baharu itu, ramai pengikutnya meninggalkan komen positif serta mendoakan agar langkah yang bakal diambilnya berjalan lancar.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

 

Shiha Zikir sebelum ini dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi berbakat tetapi juga sebagai penghibur versatil yang aktif dalam pelbagai cabang seni.

Perkongsian terbarunya ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat, sama ada ia berkait dengan projek seni, kerjaya lakonan, mahupun satu fasa baharu dalam kehidupan peribadi.

"Bisnes apa pulak lepas ni? Dah nak berhenti nyanyi ke?

"Shiha Zikir Nasi Ayam 3 coming soon.

"Terbaik beb. Moga success.

"Wah kak bukak kedai baru ke? Atau office baru? Semoga sukses dalam apa yg kak buat aus sentiasa mendoakan kak berjaya," tulis beberapa warganet.

Must-Watch Video