Susulan laporan segelintir netizen yang mahu memboikot selebriti kerana menjadi pembawa dulang di majlis perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman, nama penyanyi Ernie Zakri turut menjadi perhatian.
Ernie, yang hadir sebagai salah seorang pembawa dulang, meninggalkan komen ringkas pada laporan yang dikeluarkan oleh Gempak.
“Alaaaaa,” komen Ernie Ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta agar pelantun lagu Aura itu mengabaikan komen-komen tersebut.
“Kak Nini tidak memerlukan manusia toxic begitu utk follow.. Bagus la manusia itu dah unfollow..
“Kak Ninie jgn risau, kitorg masih ada ❤️
Advertisement
“Takpe Kak Nini biar dia yg rugi unfollow😂 Kezzzzaaaahhhhh plak kannnnn
“Jangan risau ni ramai yang menyokong.. ni yang terpaling konon baik.
“We love you Kak Nini,” komen netizen.
Terdahulu, ada segelintir netizen yang kurang senang apabila melihat Anzalna Nasir, Bell Ngasri, Alvin Chong, Qasrina Karim, Hawa Rizwana, Nabila Razali dan beberapa rakan artis lain menjadi pembawa dulang pada majlis akad nikah Fattah Amin dan Amira Othman.
Malah mereka juga mengambil keputusan untuk berhenti menyokong artis-artis terbabit.
Sekadar info, Fattah dan Amira itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas.