Skip to main content

Hiburan

Nak Jadi Imam Terbaik Untuk DSV, Fazley Yaakob Beri Bayangan ‘Wedding Of The Year’ - “Kalau Dia Bersederhana Mesti…”

Nak Jadi Imam Terbaik Untuk DSV, Fazley Yaakob Beri Bayangan ‘Wedding Of The Year’ - “Kalau Dia Bersederhana Mesti…”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob mengesahkan majlis perkahwinannya dengan Datuk Seri Vida akan diadakan secara meriah tetapi tanpa pembaziran.
  • Fazley juga berkongsi bahawa dia adalah CEO bagi syarikat F&B milik DSV dan berusaha menjadi imam yang terbaik untuknya.
  • Hubungan mereka kini rasmi selepas DSV mengumumkan pertunangan mereka menerusi hantaran di Threads.
Advertisement

Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui majlis perkahwinannya bersama usahawan, Datuk Seri Vida tidak mungkin akan dilakukan secara sederhana.

Menurut Fazley, adalah sesuatu yang agak luar biasa sekiranya majlis melibatkan DSV dibuat secara terlalu sederhana.

Advertisement

“Okay, kalau korang kenal DSV, rasa-rasa majlis tu akan sederhana ke tak?

“Kalau dia bersederhana sangat, mesti something wrong,” katanya.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Fazley berkata mereka akan cuba memberikan yang terbaik dengan memastikan ia berlangsung meriah, namun pada masa sama tetap mengelakkan sebarang pembaziran.

Advertisement

“So bagi saya, kita peniaga, kita dalam empayar perniagaan yang sama. Dan ramai mungkin tak tahu saya juga menjadi CEO untuk syarikat-syarikat F&B milik DSV.

“Jadi daripada pekerjaan, insya-Allah berusaha ke arah menjadi imam yang terbaik buat beliau. Jadi, majlis tersebut kita akan buat semeriah yang kita rasa perlu tanpa pembaziran. Itulah doanya.

“Buat yang terbaik untuk semua berpuas hati, tapi dalam masa yang sama tidak overdo it lah,” ujarnya.

Fazley berkata demikian ketika ditemu bual di sebuah podcast bersama Sinar Plus.

Terdahulu, teka-teki mengenai status hubungan usahawan sensasi Datuk Seri Vida dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya terjawab.

Menerusi hantaran di Threads, Vida atau mesra disapa sebagai DSV mengesahkan dia dan Fazley sudah bertunang.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement