Skip to main content

Hiburan

Nak Jumpa Didi & Friends, Ultraman Omega Dan Dora? Jom Ke Astro Home of Kids, Masuk Percuma Je!

asto kids

Astro, peneraju kandungan dan hiburan tanah air, melancarkan Home of Kids, acara penuh keceriaan yang berlangsung selama empat hari di Pavilion Exhibition Centre (PEX), Bukit Jalil bermula 12 hingga 15 September ini.

Acara bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 9.00 malam itu dibuka secara percuma kepada orang ramai dan dijangka menjadi tumpuan utama sempena cuti sekolah.

Advertisement

Tahun ini, Astro bekerjasama dengan pelbagai rakan jenama termasuk Nick Jr, Nickelodeon, CBeebies, Astro Ceria, Xiao Tai Yang, Disney+ Hotstar, Cartoon Network, Monsta, Warnakala Studios dan Nu Ideaktiv bagi membawakan pengalaman penuh imaginasi untuk kanak-kanak dan keluarga.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, acara itu dianjurkan bagi mencipta detik istimewa yang dapat diraikan bersama insan tersayang.

“Home of Kids bertujuan menjadikan detik harian suatu pengembaraan, di mana keluarga melangkah ke dalam dunia dipenuhi keriangan, muzik dan imaginasi. Kami mahu setiap kanak-kanak pulang dengan senyuman lebar dan kenangan indah,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik

Antara aktiviti yang menanti pengunjung ialah Konsert Mini Didi & Friends, Pas Foto Ekspres bersama watak popular seperti Bluey, Pinkfong, Cocomelon, Dora, Upin & Ipin dan Mechamato, selain persembahan khas karakter termasuk Ultraman Omega, BoBoiBoy dan Papa Zola.

Tidak ketinggalan, zon permainan bertema Pinkfong dan penampilan istimewa The Chosen One XTRA pada 15 September.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Router Edisi Terhad Didi & Friends x Astro Fibre dengan mendaftar pelan Astro Fibre 500Mbps pada harga RM90 sebulan, menawarkan penjimatan sehingga RM2,000 untuk tempoh dua tahun.

Komitmen kepada kanak-kanak

Dalam masa sama, Astro turut menekankan aspek keselamatan dengan menyediakan kandungan mesra kanak-kanak, ciri kawalan ibu bapa dan Profil Kanak-Kanak.

Astro juga bekerjasama dengan Children’s Protection Society (CPS), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi memastikan semua kanak-kanak dapat menikmati hiburan dengan bermakna.

Acara ini turut disokong Pavilion Group, KFC, Petrosains dan The Chicken Rice Shop.

Untuk rekod, Astro menawarkan lebih tujuh saluran khusus kanak-kanak dan lebih 14,000 kandungan video On Demand menerusi pek Astro One pada harga RM49.99 sebulan, manakala pengguna sooka boleh menonton melalui pelan Entertainment dan ke atas.

Must-Watch Video

Advertisement