Skip to main content

Hiburan

Nak ‘Surprise’ Suami Dengan Tiket F1, Ain Edruce ‘Tersentak’ Bila Tahu...

Nak ‘Surprise’ Suami Dengan Tiket F1, Ain Edruce ‘Tersentak’ Bila Tahu...

Sekilas

  • Ain Edruce berkongsi pengalaman mencuit hati apabila cuba memberi kejutan tiket Formula 1 kepada suaminya, Amirul Hafiz.
  • Dia terkejut dengan harga tiket grandstand yang dibeli secara reseller, berjumlah RM8,000 untuk dua orang.
  • Reaksi suaminya yang terkejut dan netizen yang terhibur dengan kisah tersebut turut mendapat perhatian ramai.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi pengalaman mencuit hati apabila niatnya untuk memberikan kejutan kepada suami, Amirul Hafiz dengan menghadiahkan tiket Formula 1 (F1) bertukar menjadi satu momen yang tidak disangka-sangka.

Menerusi perkongsian di Threads, Ain mengakui dirinya sebenarnya tidak begitu mengetahui mengenai F1, namun nekad mencari tiket selepas mendapat tahu banyak tiket sudah habis dijual.

Advertisement

Ain bagaimanapun mengakui dirinya turut terkejut apabila mengetahui harga sebenar tiket yang dibelinya untuk dua orang itu.

"Aku plan nak surprise Mirul beli tiket F1. Aku tak tahu langsung pasal F1 eh. Aku tengok tiket banyak dah sold out. So, aku cepat-cepat buka Viagogo beli.

"Tak sabar nak surprise dia. Aku bagi dia pagi tadi, tapi dia memang betul-betul terkejut! Bukan sebab tiket, tapi sebab harga yang aku beli. Grandstand je pun. Aku beli 8 ribu gais untuk 2 orang. Dan baru aku tahu harga dia tak mahal tu pun.

Advertisement

"Bukak thread lagi sedih… tix reseller jual murah2.. 😭 agak-agak boleh bayangkan muka Mirul macam mana tak time aku bagi tahu harga?," kongsi Ain.

Dalam pada itu, Ain turut berkongsi reaksi suaminya itu selepas mengetahui jumlah yang dibayarnya untuk mendapatkan tiket berkenaan.

“Tengok dia happy je, dia pun tak sampai hati nak marah aku tapi nampaklah dia tertelan air liur bila aku bagitahu harga,” katanya lagi.

Perkongsian Ain itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah ‘surprise’ tersebut, terutama selepas mengetahui jumlah yang dibelanjakannya untuk tiket berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement