Skip to main content

Filem

Nam Ron Banyak Belajar Istilah Rali Dalam TERBANG - “Bila Bercakap Tak Nampak Kosong…”

Nam Ron Banyak Belajar Istilah Rali  Dalam TERBANG - “Bila Bercakap Tak Nampak Kosong…”

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron menghadapi cabaran mempelajari istilah teknikal rali seperti 'pace notes' dan istilah enjin untuk watak Rahim dalam filem TERBANG.
  • Nam Ron juga perlu menyesuaikan gaya pertuturan bahasa Inggeris kepada 'Malaysian English' yang lebih natural dan sesuai dengan karakter Rahim.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan, diinspirasikan daripada legenda rali Karamjit Singh, akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September.
Advertisement

Pelakon Nam Ron mengakui antara cabaran terbesar membawakan watak Rahim, dalam filem TERBANG adalah memahami pelbagai istilah teknikal berkaitan dunia rali.

Menurut Nam Ron, dia perlu mempelajari perkara seperti bacaan ‘pace notes’ dan istilah enjin bagi memastikan setiap dialog yang dilontarkan kelihatan meyakinkan.

Advertisement

“Banyak cabaran dari segi teknikal sebab rali ada istilah dia sendiri. Macam mana nak baca ‘pace notes’, istilah enjin dan sebagainya.

“Saya kena belajar supaya bila bercakap, tak nampak macam kosong. Kita kena faham apa yang kita cakap,” katanya.

Selain aspek teknikal, Nam Ron berkata penggunaan bahasa Inggeris turut menjadi cabaran kerana karakter Rahim memerlukan gaya pertuturan yang lebih dekat dengan cara rakyat Malaysia berkomunikasi.

Advertisement

“Rahim kena cakap Inggeris tetapi bukan Inggeris yang sempurna sangat, lebih kepada ‘Malaysian English’.

“Tapi sebutan tetap kena betul. Ada perkataan teknikal yang agak susah nak disebut dengan lancar ketika berlakon,” ujarnya.

Dalam TERBANG, Nam Ron menggalas watak Rahim yang bertindak sebagai pengurus pasukan PERT dan menjadi antara individu penting dalam perjalanan pasukan rali berkenaan.

Filem arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement