Skip to main content

Hiburan

Nama ‘Mohd’ Tak Lagi Dibenarkan, Ibu Bapa Wajib Tulis Dengan Ejaan Penuh

JPN

Sekilas

  • Ibu bapa kini wajib menulis nama 'Mohd' secara penuh seperti Mohamad, Muhamad atau Muhammad ketika mendaftar nama anak.
  • Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang mengumumkan langkah ini bagi memastikan ketepatan ejaan nama generasi baharu.
  • Perubahan ini mendapat sokongan ramai yang melihatnya sebagai peralihan kepada penggunaan nama yang lebih formal dalam dokumen rasmi.

Ibu bapa kini tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan ‘Mohd’ untuk urusan pendaftaran nama anak, sebaliknya mereka wajib menulis ejaan tersebut secara penuh.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang menerusi Threads.

Perjelas mereka, langkah tersebut diambil bertujuan untukbmemastikan ketepatan ejaan nama bagi generasi baharu.

“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd.

“Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendekatan yang diambil.

“Saya generasi yang di IC bernama MOHD.  Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad.

“Fun fact: MOHD tu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi yakni mim ha mim dal. so  MOHD adalah bentuk hibrid rumi yang merujuk kpd ejaan jawi/arab bagi nama tersebut. Dah jadi rare dah batch yang pakai MOHD ni ye. hihi. mana lagi geng MOHD?,” komen netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menganggap ianya satu peralihan kepada penggunaan nama yang lebih formal dan lengkap dalam dokumen rasmi bagi generasi baru di Malaysia.

Sumber: Threads JPN Penang

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement