Skip to main content

Selebriti

Namron Perjelas Salah Faham Penggunaan Ayat ‘Buat Ta*k’ - “Bukan Mencarut, Bukan Juga…”

Namron Perjelas Salah Faham Penggunaan Ayat ‘Buat Ta*k’ - “Bukan Mencarut, Bukan Juga…”

Sekilas

  • Namron jelaskan maksud sebenar frasa 'buat taik' yang digunakannya bukan sebagai kata kasar atau mencarut.
  • Menurut Namron, 'buat taik' bermaksud seseorang yang menimbulkan masalah kepada orang lain.
  • Pengikut Namron di media sosial faham dan setuju dengan penjelasan konteks penggunaan frasa tersebut.
Advertisement

Pelakon, Namron tampil menjelaskan salah faham mengenai maksud sebenar penggunaan frasa ‘buat taik’ yang pernah digunakan olehnya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Namron menyifatkan penggunaan frasa itu bukan sebagai kata-kata mencarut atau bahasa kasar.

Advertisement

Sebaliknya kata Namron, istilah tersebut digunakan dalam konteks membawa maksud seseorang yang menimbulkan atau memberikan masalah kepada orang lain.

“Saya perasan ada juga orang yang marah atau tak suka bila saya guna perkataan ‘buat taik’

“Untuk pengetahuan am, ‘buat taik’ tu bukan mencarut, ya. Bukan juga bahasa kasar.

Advertisement

“Buat taik tu bermaksud memberi masalah. Seseorang yang memberi masalah kepada orang lain,” jelasnya.

Namron berkata demikian bagi menjelaskan penggunaan istilah berkenaan yang mungkin disalah tafsir sesetengah pihak sebagai perkataan kasar.

Malah, Namron juga itu turut memberikan contoh penggunaan perkataan ‘taik’ dalam konteks makanan yang sememangnya sudah biasa digunakan dalam percakapan masyarakat.

“Jadi bila saya kata ‘kau jangan buat taik’ ini bermaksud jangan beri masalah.

“Kat mana kasarnya? Sama je macam kuih taik itik yang sek sek kito rajin duk make tu. Hok tu tak apo pulok,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dan memahami konteks yang dikatakan oleh Namron.



 

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement