Sekilas
- Adeola Fay Robert menang emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dalam acara kumite wanita bawah 55kg.
- Beliau menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, dengan keputusan 6-4 di final di Gimnasium Toyohashi Aichi.
- Adeola bakal menerima hadiah kereta elektrik Proton e.MAS daripada Persekutuan Karate Malaysia sebagai ganjaran kejayaan tersebut.
Atlet karate negara, Adeola Fay Robert menjadi penyumbang emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menjuarai acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) pada Selasa.
Adeola menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi Aichi.
Atlet negara itu tampil yakin sejak awal apabila mengutip empat mata menerusi empat kutipan yuko untuk membuka kelebihan 4-0.
Fatemehzahra kemudian cuba bangkit memberikan tekanan, namun Adeola kekal tenang dan berjaya mempertahankan kelebihan sebelum menamatkan pertarungan dengan kemenangan 6-4.
Kemenangan itu sekali gus menghadiahkan emas pertama buat kontinjen Malaysia di temasya Aichi-Nagoya 2026.
Lebih menggembirakan, kejayaan tersebut bakal hadir bersama ganjaran lumayan apabila bakal menerima sebuah kereta elektrik Proton e.MAS.
Hadiah tersebut merupakan hadiah pemberian Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) yang sebelum ini menjanjikan kepada setiap atlet negara yang berjaya meraih pingat emas di temasya berkenaan.
Sumber: Stadium Astro