Skip to main content

Hiburan

Nasihat Fazura Buat Netizen, Mohon Tak Campur Hal Rumah Tangga Pasangan Selebriti - “Kita Sebagai Umat Islam…”

Fazura

Pelakon dan ushawan, Nur Fazura memberi nasihat kepada peminat serta warganet agar tidak mencampuri urusan rumah tangga rakan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang kini sedang diuji.

Menerusi satu potongan video di sosial media, Fazura meminta warganet agar tidak menyebelahi mana-mana pihak dan berikan ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut secara privasi.

Advertisement

“Kita doa yang terbaik untuk Uqasha dan juga Kamal. Dan kita sebagai umat Islam, janganlah kita campur hal rumah tangga orang. Uqasha ke Kamal, no team-team, itu urusan rumah tangga mereka berdua sahaja. Biarlah mereka sahaja yang selesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Hero seorang Cinderella itu berkata tindakan mencampuri hal rumah tangga orang adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.

Fazura turut mengakui bahawa pesanan itu bukan hanya untuk orang lain tetapi juga untuk dirinya sendiri sebagai peringatan bersama.

“Kalau yang baik, yang Allah reda, itu yang terbaik buat mereka. Janganlah nak condemn Uqasha ke, nak condemn Kamal ke. Itu urusan mereka berdua sahaja. Hanya mereka yang tahu baik-buruk masing-masing. Faz nasihatkan diri Faz juga. Sama-sama kita ingat. Jangan campuri rumah tangga orang, sebab itu bukan sifat yang baik dan tidak bermoral.

"Kita-kita ni wanita, janganlah nak condemn wanita lain pula. Anak satu, anak dua, anak tiga, anak empat pun tak kisah. Masing-masing ada ujian dan pergaduhan masing-masing. Jadi jangan menilai. Be a good Muslim, be a good human being. Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam saja,” ujarnya. 

Tudung

Rahsia gaya glam tak semestinya mahal. Hijab moden ini direka dengan sentuhan elegan, sesuai untuk apa jua majlis.

Must-Watch Video

Advertisement